Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras, keseluruhan naik lebih perlahan pada Mei

Inflasi teras 4.7%
adalah paling rendah sejak pertengahan 2022
Jun 23, 2023 | 07:53 PM



HARGA pengguna teras Singapura naik pada kadar lebih perlahan pada Mei, mencapai paras terendah sejak pertengahan 2022, lapor Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat.

Ini di sebalik kemerosotan dalam inflasi makanan dan runcit, yang merupakan satu tanda bahawa tekanan kadar inflasi mungkin reda sepanjang 2023.

Harga pengguna teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan, dan mencerminkan perbelanjaan isi rumah penduduk dengan lebih tepat – naik 4.7 peratus tahun ke tahun pada Mei.

Ini kali pertama ia jatuh di bawah paras 5 peratus dalam tempoh sekitar setahun sejak Julai 2022 dan hampir sama ramalan ahli ekonomi dalam satu tinjauan oleh Reuters.


Sementara itu, indeks harga pengguna utama atau inflasi keseluruhan pula mencatatkan kenaikan 5.1 peratus pada Mei – kadar terendah sejak awal 2022 – memandangkan inflasi bagi pengangkutan privet, perkhidmatan dan makanan turut merosot.

Pada April, kadar itu naik 5.7 peratus.

Perangkaan pada Mei itu lebih rendah berbanding ramalan pakar ekonomi yang menjangkakan kenaikan setinggi 5.5 peratus.

Ramalan inflasi teras dan keseluruhan tidak berubah untuk 2023.

Ramalan rasmi tahun 2023 bagi kadar inflasi keseluruhan berada dalam lingkungan 5.5 hingga 6.5 peratus manakala inflasi teras dijangka antara 3.5 dengan 4.5 peratus.

Jangkaan itu turut mengambil kira kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari.

MAS dan MTI dalam kenyataannya pada Jumaat berkata kadar inflasi teras bakal reda pada separuh kedua 2023, memandangkan kos diimport telah berkurangan dan pasaran pekerjaan tempatan menjadi kurang ketat.

Sementara itu, dengan kenaikan kuota Sijil Hak Pemilikan Kenderaan (COE) dan bekalan unit perumahan untuk disewa, kadar inflasi bagi pengangkutan privet dan penginapan turut diramal merosot sepanjang 2023.

Menurut laporan dari MAS dan MTI itu, kadar inflasi bagi semua kategori, kecuali kos tenaga elektrik dan gas, merosot.

Kadar inflasi bagi kategori tersebut naik 3.3 peratus bulan ke bulan pada Mei dari 2.7 peratus pada April, disebabkan kenaikan lebih tinggi kos tenaga elektrik.

Pengangkutan privet mencatatkan kemerosotan kadar inflasi terbesar bulan ke bulan pada Mei, dari 10.4 peratus pada April kepada 7.2 peratus. Kemerosotan ini disebabkan kelembapan dari segi kenaikan harga kenderaan serta harga minyak yang turut jatuh.

Kadar inflasi bagi makanan pula turun sedikit kepada 6.8 peratus pada Mei daripada 7.1 peratus sebulan lalu disebabkan kadar inflasi lebih rendah bagi perkhidmatan makanan.

Kenaikan harga bagi perkhidmatan juga turun kepada 3.9 peratus daripada 4.3 peratus pada Mei, disebabkan kenaikan lebih rendah bagi perbelanjaan cuti dan kos khidmat pengangkutan tempat ke tempat.

Inflasi bagi penginapan pada Mei adalah 4.7 peratus, turun sedikit daripada 4.9 peratus pada April memandangkan harga sewa naik lebih perlahan.

Inflasi bagi runcit dan perkhidmatan barangan pula turun kepada 2.8 peratus.

Perangkaan itu keluar sedang bank pusat serata dunia menghadapi tekanan hangat kerana kadar inflasi kekal meningkat.

MAS dan MTI berkata: “Risiko inflasi naik kekal wujud, termasuk kegenjotan baru dari segi harga komoditi sedunia dan keadaan ketat pasaran pekerjaan domestik yang berlaku dengan lebih kerap daripada jangkaan.

“Pada masa yang sama, terdapat juga risiko inflasi menurun seperti kemerosotan dihadapi ekonomi termaju yang lebih mendadak daripada diramalkan yang boleh mempengaruhi redanya tekanan inflasi secara amnya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >