Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport utama S’pura susut 14.7%, mungkin hadapi risiko kemelesetan teknikal

Jun 16, 2023 | 07:34 PM



Eksport utama Singapura merosot buat lapan bulan berturut-turut dalam Mei 2023 pada kadar yang lebih meruncing sehingga dijangka meningkatkan risiko kemelesetan teknikal.

Eksport domestik bukan minyak (Nodx), menguncup 14.7 peratus pada Mei, selepas penguncupan 9.8 peratus pada April, menurut data Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Jumaat.

Catatan itu adalah lebih buruk daripada 7.7 peratus yang dijangkakan oleh ahli-ahli ekonomi dalam tinjauan Bloomberg.


Dalam istilah sebenar selepas membuat penyesuaian bagi inflasi, Nodx merosot sebanyak 7.6 peratus, berikutan kemerosotan 3.1 peratus pada April, kata EnterpriseSG.

Ahli ekonomi Maybank, Encik Chua Hak Bin, berkata “kemerosotan eksport kian memburuk dan Singapura sekarang lebih berisiko mengalami kemelesetan teknikal.”

Kemelesetan teknikal terjadi apabila ekonomi menguncup buat dua suku berturut-turut. Ekonomi Singapura menyusut 0.4 peratus pada suku ke suku, dalam suku pertama 2023.

Ahli ekonomi Bank Pembangunan Singapura (DBS), Encik Chua Han Teng, menyatakan persekitaran luaran global yang sukar yang dihadapi oleh sektor eksport dan pengilangan, terutama elektronik.

Beliau berkata perangkaan terbaharu menunjukkan bahawa kemerosotan eksport elektronik Singapura masih belum sampai ke paras paling rendah.

Pengiriman elektronik adalah hambatan terbesar pada Nodx bagi Mei, jatuh 27.2 peratus, satu penguncupan yang lebih tajam berbanding 23.3 peratus pada April.

Litar bersepadu, produk media cakera dan bahagian litar bersepadu, menyumbang paling banyak kemerosotan dengan segmen terakhir menyaksikan kejatuhan paling ketara sebanyak 48.7 peratus.

“Unjuran jangka pendek untuk eksport elektronik kekal tidak menentu, memandangkan langkah menghabiskan simpanan, contohnya dalam pasaran global semikonduktor, masih lagi berterusan,” kata Encik Chua.

Bagaimanapun, beliau berkata kecerdasan butan (AI) akan menggalakkan permintaan terhadap cip untuk kegunaan sistem AI, dan ini adalah peluang bagi sektor elektronik buat jangka masa pertengahan.

Eksport bukan elektronik merosot 10.7 peratus, berikutan kemerosotan 5.8 peratus pada April. Kejatuhan itu bermula dengan jentera khusus, petrokimia dan farmaseutikal.

Pengiriman produk farmaseutikal merosot 14 peratus pada Mei, berbanding pada bulan yang sama pada 2022.

Pada bulan pelarasan musim, Nodx menguncup sebanyak 14.6 peratus pada Mei kepada $13.8 bilion, berbanding daripada pertumbuhan 2.6 peratus pada April.

Pengiriman ke kebanyakan 10 pasaran utama Singapura merosot, dimulai dengan Hong Kong, Malaysia dan Taiwan.

Bagaimanapun, eksport ke China dan Amerika Syarikat meningkat – dengan pengiriman ke China berubah daripada merosot kepada peningkatan 3.7 peratus, dan yang ke Amerika juga naik 4.8 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >