Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras Singapura turun kepada 3.1% pada Mac

Catat angka lebih rendah daripada jangkaan
Apr 23, 2024 | 04:41 PM



Inflasi teras Singapura turun lebih rendah daripada jangkaan pada Mac, apabila harga makanan dan perkhidmatan naik lebih perlahan, dengan inflasi keseluruhan turun ke paras terendah dalam masa dua setengah tahun.

Inflasi teras – yang tidak termasuk penginapan swasta dan kos pengangkutan bagi mewakili perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik – turun kepada 3.1 peratus tahun ke tahun bulan lepas.

Ini selepas harga pada Tahun Baru Cina menyebabkan inflasi teras melonjak kepada 3.6 peratus pada Februari, daripada 3.1 peratus pada Januari.

Berbanding Februari, inflasi teras turun 0.2 peratus, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam laporan bersama.

Inflasi keseluruhan menjadi perlahan tahun ke tahun kepada 2.7 peratus, daripada 3.4 peratus pada Februari.

Ini adalah yang terendah sejak September 2021. Kelembapan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan dalam kos pengangkutan swasta, di samping inflasi teras yang lebih rendah.

Bulan ke bulan, inflasi keseluruhan merosot 0.1 peratus.

Kedua-dua penunjuk inflasi berada jauh di bawah ramalan pasaran.

Menurut The Straits Times, penganalisis yang dihubungi oleh Bloomberg meramalkan inflasi teras berada pada 3.5 peratus dan inflasi keseluruhan pada 3.1 peratus.


Pakar ekonomi di Maybank, Dr Chua Hak Bin, menyatakan bahawa tidak ada ‘kejutan Taylor Swift’ yang ketara terhadap harga, kerana tambang penerbangan jatuh dan perbelanjaan percutian meningkat pada kadar lebih perlahan.

Inflasi runcit dan barangan lain juga berkurangan.

Penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat, Taylor Swift, mengadakan konsert ‘The Eras Tour’ di Singapura dari 2 hingga 9 Mac, menarik lebih 300,000 peminat termasuk mereka dari luar negara.

“Inflasi teras telah meneruskan aliran menurun secara beransur-ansur, selepas kejatuhan dalam bulan perayaan Tahun Baru Cina.

“Kami menjangkakan inflasi teras akan turun ke arah 2.5 peratus, menjelang suku keempat. Ini membuka pintu kepada MAS untuk melonggarkan dasar pada mesyuarat Oktober,” kata pakar ekonomi itu.

Terdahulu pada April, MAS tidak mengubah pendirian dasar kewangannya yang bertujuan mengukuhkan dolar Singapura yang berteraskan perdagangan, untuk memerangi tekanan inflasi.

Pada Mac, kos pengangkutan swasta jatuh kerana harga kereta turun seiring dengan premium yang lebih rendah bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).

Mereka yang ingin mendaftar untuk kenderaan baru di Singapura mesti mendapatkan COE terlebih dahulu.

Inflasi runcit dan barangan lain berkurangan disebabkan oleh turunnya harga pakaian dan kasut, dan kadar kenaikan harga minuman beralkohol dan tembakau yang lebih sederhana.

Inflasi penginapan berkurang disebabkan peningkatan yang lebih kecil dalam sewa rumah.

Inflasi elektrik dan gas berkurang apabila kos elektrik meningkat pada kadar lebih sederhana.

MTI dan MAS mengekalkan anggaran mereka untuk inflasi teras dan keseluruhan pada 2024 pada 2.5 peratus hingga 3.5 peratus.

Walaupun harga minyak mentah telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, harga sejagat bagi kebanyakan komoditi makanan serta barang perkilangan terus turun, tambah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >