Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS kekal dasar kewangan, lawan inflasi

Apr 12, 2024 | 03:52 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar kewangannya untuk melawan inflasi yang masih tinggi ketika ini.

Bank pusat Singapura itu menyatakan pada 12 April bahawa ia akan mengekalkan kadar kenaikan ketika ini bagi jalur dasar Kadar Tukaran Efektif Nominal Dolar Singapura (S$Neer).

Tiada perubahan pada kelebaran, atau titik tengah jalur dasar tersebut - parameter yang menunjukkan setinggi mana dan sepantas mana kenaikan nilai mata wang Singapura yang diinginkan MAS, lapor The Straits Times (ST).


Sejurus selepas MAS mengeluarkan penyata dasar kewangan (MPS), dolar Singapura meningkat kepada 1.3530 bagi sedolar Amerika, berbanding paras 1.3540 apabila pasaran ditutup pada 11 April.

MAS kekalkan unjuran bagi kedua-dua inflasi semua barangan dan inflasi teras, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan swasta untuk menggambarkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, iaitu, pada purata 2.5 hingga 3.5 peratus bagi 2024.

Keputusan terbaru MAS untuk terus kekalkan dasar kewangannya dijangka ramai selepas inflasi teras pada Februari melonjak lebihi jangkaan, menyusuli inflasi lebih tinggi bagi perkhidmatan dan makanan, yang sebahagiannya disebabkan perbelanjaan perayaan Tahun Baru Cina.

Inflasi teras meningkat kepada 3.6 peratus pada Februari 2024 berbanding Februari 2023, dan lebih tinggi berbanding 3.1 peratus pada Januari.

Ia juga merupakan inflasi teras tertinggi sejak Julai 2023.

Dengan inflasi teras terus-menerus lebihi paras 2 peratus yang dianggap ramai sebagai sasaran MAS, kesemua 20 pakar ekonomi yang ditinjau Bloomberg News menjangka MAS akan mengekalkan tetapan dasar keseluruhannya.


Inflasi teras MAS mungkin kekal tinggi pada awal 2024, tetapi dijangka turun secara beransur-ansur hingga suku keempat, sebelum merosot lagi pada 2025, menurut bank pusat itu dalam penyata dasar kewangannya pada 12 April.

“Oleh itu, tetapan dasar kewangan ketika ini kekal sesuai. Kadar kenaikan ketika ini bagi jalur dasar tersebut diperlukan agar ia mempunyai kesan yang mengekang inflasi import dan tekanan kos domestik, serta mencukupi bagi memastikan kestabilan harga jangka sederhana,” katanya.

MAS mengetatkan dasar kewangannya sebanyak lima kali dalam tempoh setahun dari Oktober 2021 hingga Oktober 2022 sebelum menghentikannya seketika.

Menjelaskan mengenai inflasi berterusan di Singapura, MAS menyatakan inflasi teras pada jangka terdekat akan disokong kenaikan harga air baru-baru ini.

Selain itu, harga perkhidmatan tertentu, seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan, akan terus meningkat selepas kekal sama sejak beberapa suku lalu, tambahnya.

Namun, bank pusat itu memberi amaran bahawa masih wujud risiko bagi prospek inflasi meningkat atau merosot.

“Kejutan kepada harga makanan dan tenaga di seluruh dunia, atau permintaan tenaga pekerja yang lebih tinggi daripada jangkaan dalam ekonomi domestik boleh menambah tekanan inflasi.

“Namun, kelemahan yang tidak dijangka dalam ekonomi sedunia boleh mengurangkan tekanan kos dan harga dengan lebih cepat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >