Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras S’pura naik kepada 3.3% pada Okt

Nov 23, 2023 | 05:50 PM



Harga pengguna teras di Singapura meningkat sedikit pada Oktober selepas naik pada kadar lebih perlahan selama beberapa bulan, disebabkan inflasi lebih tinggi bagi perkhidmatan dan barang runcit serta peningkatan dalam kos elektrik dan gas.

Data rasmi pada 23 November menunjukkan inflasi teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan privet untuk mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, ialah 3.3 peratus tahun ke tahun pada Oktober.

Ini lebih tinggi daripada inflasi 3 peratus pada September, dan anggaran median, atau nilai tengah, 3.1 peratus oleh pakar ekonomi yang ditinjau oleh Bloomberg.

Kenaikan inflasi teras itu memecahkan rekod kenaikan harga pengguna teras selama lima bulan berturut-turut pada kadar lebih perlahan.

Sementara itu, inflasi keseluruhan naik kepada 4.7 peratus tahun ke tahun pada Oktober, daripada 4.1 peratus pada September.

Ini mencerminkan inflasi pengangkutan privet yang lebih tinggi ekoran harga kereta meningkat pada kadar lebih pantas, serta kenaikan inflasi teras, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Angka tersebut tinggi sedikit daripada ramalan pakar ekonomi yang menganggarkan inflasi median 4.5 peratus.

Data menunjukkan inflasi pengangkutan privet meningkat paling tinggi, melonjak kepada 11.7 peratus pada Oktober daripada 8.5 peratus pada September.

Inflasi perkhidmatan mencecah 3.4 peratus, naik daripada 3.1 peratus pada September, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan lebih besar dalam perbelanjaan percutian.

Yuran tuisyen dan yuran lain serta kos perkhidmatan pesakit luar dan hospital juga meningkat pada kadar lebih pantas.

Inflasi bagi runcit dan barangan lain naik sedikit daripada 0.9 peratus pada September kepada 1.6 peratus pada Oktober, berikutan harga produk penjagaan diri dan barangan perubatan meningkat lebih kukuh.

Harga pakaian dan kasut pula jatuh pada kadar lebih perlahan.

Kos elektrik dan gas naik sebanyak 1.8 peratus pada Oktober disebabkan tarif lebih tinggi, berbanding September, apabila ia jatuh 1.4 peratus.

Inflasi makanan berkurangan disebabkan kenaikan kecil dalam harga makanan tidak dimasak dan makanan siap dimakan. Inflasi penginapan juga turun disebabkan kadar kenaikan sewa rumah yang sederhana.

MAS dan MTI mengatakan harga minyak mentah global tidak menentu, jatuh mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas meningkat lebih awal.

“Sementara itu, harga global bagi kebanyakan komoditi makanan, serta barangan perantaraan dan perkilangan akhir, terus menyederhana.

“Faktor-faktor ini, di samping kadar tukaran wajaran perdagangan dolar Singapura yang lebih kukuh, seharusnya meredakan lagi tekanan kos import Singapura pada suku-suku tahun mendatang,” tambah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >