Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras turun kepada 3% pada Sep

Ini lebih rendah berbanding 3.4% pada Ogos; Inflasi keseluruhan namun naik kepada 4.1%
Oct 23, 2023 | 05:07 PM



Harga pengguna teras di Singapura didapati meningkat pada kadar yang lebih perlahan untuk lima bulan berturut-turut pada September, sebahagian besarnya diterajui oleh inflasi lebih rendah untuk makanan, runcit dan barangan lain.

Data rasmi pada Isnin menunjukkan, inflasi teras yang tidak termasuk pengangkutan privet dan kos penginapan untuk mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, meningkat 3 peratus tahun ke tahun pada September. Ini lebih rendah berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada Ogos.

Kadar inflasi teras September mewakili paras terendah dan berada di bawah anggaran median Bloomberg sebanyak 3.1 peratus.

Bagaimanapun, inflasi keseluruhan atau utama naik sehingga 4.1 peratus tahun ke tahun pada September, lebih tinggi sedikit daripada 4 peratus pada Ogos. Harga Sijil Hak Milik Kereta (COE) yang direkodkan meningkatkan inflasi pengangkutan privet – ini lebih daripada mengimbangi penurunan inflasi teras dan penginapan.  

Berdasarkan bulan ke bulan, yang mewakili momentum yang masih ada pada harga, harga pengguna teras meningkat 0.1 peratus pada September disebabkan kos makanan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, inflasi utama meningkat 0.5 peratus bulan ke bulan, terutamanya disebabkan kos pengangkutan privet yang lebih tinggi.

Inflasi teras dijangka menurun lagi kepada antara 2.5 peratus dengan 3 peratus tahun ke tahun pada Disember, dan perlahan kepada purata antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus untuk tahun penuh pada 2024, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin, mengulangi ramalan yang dikeluarkan pada 13 Oktober.

Mereka menambah bahawa inflasi utama dijangka purata antara 5 peratus untuk tahun penuh 2023, dan 3 peratus kepada 4 peratus pada 2024.

“Pada awal 2024, inflasi teras dijangka terjejas oleh kenaikan kadar cukai barangan dan perkhidmatan serta kesan bermusim. Walau bagaimanapun, inflasi teras harus utama meneruskan aliran sederhana secara meluas sepanjang 2024, apabila tekanan kos import menurun dan kekurangan pekerja dalam pasaran pekerja terus reda,” kata MAS dan MTI.

Mereka menambah bahawa inflasi utama berkemungkinan meningkat pada bulan-bulan akan datang hasil daripada premium COE yang lebih tinggi.

“Namun begitu, inflasi pengangkutan privet sepatutnya perlahan dalam tempoh tahun depan di samping jangkaan peningkatan pada kuota COE. Inflasi penginapan juga diunjurkan berkurangan apabila bekalan unit perumahan yang diselesaikan meningkat,” kata mereka.

MAS pada 13 Oktober tidak mengubah tetapan dasar monetarinya tidak berubah pada Oktober kerana ia meramalkan bahawa inflasi di Singapura akan terus berkurangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >