Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras S’pura susut kepada 3.4% pada Ogos

Sep 25, 2023 | 04:07 PM



Harga pengguna di Singapura meningkat pada kadar lebih perlahan untuk bulan keempat berturut-turut berikutan kenaikan lebih kecil harga perkhidmatan, makanan, runcit dan barangan lain.

Kadar yang lebih perlahan itu sejajar dengan jangkaan pakar ekonomi terhadap inflasi yang semakin sederhana menjelang akhir 2023.

Data rasmi menunjukkan inflasi teras yang tidak termasuk pengangkutan privet dan kos penginapan bagi mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, turun kepada 3.4 peratus tahun-ke-tahun pada Ogos, daripada 3.8 peratus pada Julai.

Inflasi utama, atau indeks harga pengguna keseluruhan (CPI), juga turun kepada 4 peratus pada Ogos daripada 4.1 peratus pada Julai, apabila penurunan dalam inflasi teras dan penginapan lebih daripada mengimbangi kenaikan harga pengangkutan privet.

Berdasarkan perkiraan bulan-ke-bulan, yang mencerminkan betapa cepat harga berubah, harga pengguna teras meningkat 0.1 peratus pada Ogos disebabkan kos makanan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Inflasi teras dijangka terus menyederhana dalam beberapa bulan mendatang kerana kos import kekal rendah berbanding paras tahun lalu dan pasaran buruh domestik menjadi semakin kurang ketat, jelas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin.

Menurut MAS dan MTI, inflasi pengangkutan privet dijangka meningkat dalam tempoh terdekat, diterajui permintaan kukuh yang berterusan bagi kereta, manakala inflasi penginapan akan terus berkurang sepanjang tahun, memandangkan peningkatan dalam bekalan unit perumahan yang ada untuk disewa.

Inflasi pengangkutan privet memaparkan peningkatan paling tinggi kepada 6.3 peratus pada Ogos daripada 4.8 peratus pada Julai.

Kereta menyaksikan kenaikan harga lebih besar, manakala harga minyak mencatatkan penurunan lebih kecil.

Kos elektrik dan gas terus turun tetapi pada paras lebih perlahan kepada 1.4 peratus.

Inflasi untuk makanan dan runcit terus susut, turun pada Ogos kepada 4.8 peratus dan 2 peratus masing-masing.

Inflasi perkhidmatan susut kepada 3.1 peratus pada Ogos berikutan kenaikan lebih kecil dalam perbelanjaan percutian, telekomunikasi, kos perkhidmatan kebudayaan dan riadah serta penurunan lebih besar dalam tambang penerbangan.

Inflasi penginapan menguncup kepada 4.4 peratus apabila kadar kenaikan dalam sewa rumah berkurang.

MAS dan MTI mengekalkan unjuran mereka untuk inflasi keseluruhan bagi 2023 antara 4.5 peratus dengan 5.5 peratus apabila inflasi teras ditambat antara 3.5 peratus dengan 4.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >