Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras S’pura turun ke paras 3.8% pada Jul

Lebih rendah berbanding 4.2 peratus yang dicatatkan pada Jun
Aug 23, 2023 | 06:08 PM



Harga pengguna di Singapura meningkat pada kadar lebih perlahan untuk bulan ketiga berturut-turut berikutan kenaikan harga makanan yang lebih kecil dan kejatuhan kos elektrik dan gas, dengan pakar ekonomi menjangkakan lebih banyak keringanan dalam beberapa bulan mendatang.

Inflasi teras yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan swasta supaya dapat mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, jatuh hingga 3.8 peratus tahun ke tahun pada Julai, daripada 4.2 peratus pada Jun.

Inflasi utama atau indeks harga pengguna keseluruhan juga berkurangan, kepada 4.1 peratus pada Jun, diterajui oleh inflasi pengangkutan swasta yang lebih rendah.

Angka inflasi teras dan utama sepadan dengan ramalan penganalisa dalam satu tinjauan Reuters.


Pakar ekonomi DBS, Encik Chua Han Teng, berkata inflasi teras Singapura meneruskan aliran menurun kepada paras terendah sejak pertengahan 2022, sementara inflasi utama menurun kepada paras terendah sejak awal 2022.

“Walaupun inflasi masih tinggi berbanding purata prapandemik, tekanan harga sekurang-kurangnya menjadi sederhana dan inflasi kurang meruncing berbanding tahun lalu, melegakan pengguna,” kata Encik Chua.

Berdasarkan bulan ke bulan, yang memaparkan momentum harga, harga pengguna teras meningkat 0.2 peratus pada Julai, segolongan besar akibat kenaikan kos perkhidmatan dan makanan.

Kenaikan dalam kos perkhidmatan dan makanan adalah kerana harga gula, pengawet, kuih-muih dan buah-buahan yang lebih mahal mengimbangi harga daging, ikan, makanan laut, minyak dan lemak yang lebih murah, kata ketua pakar ekonomi OCBC, Cik Selena Ling.

Harga pengguna keseluruhan merosot 0.2 peratus dari Jun berikutan kos penginapan dan pengangkutan swasta.

Penurunan kos penginapan adalah disebabkan rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan bagi mereka yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Julai, menurut laporan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu.

Inflasi elektrik dan gas mencatatkan penurunan paling curam pada Julai, dengan harga menurun 1.6 peratus akibat tarif lebih rendah. Mereka telah meningkat 3.1 peratus pada Jun.

Diterajui oleh kenaikan harga lebih perlahan, inflasi pengangkutan swasta mencapai 4.8 peratus pada Julai, lebih rendah daripada 5.8 peratus pada Jun.

Inflasi untuk makanan dan runcit juga lebih rendah, masing-masing merosot 5.3 peratus dan 2.6 peratus.

Inflasi perkhidmatan kekal tidak berubah pada 3.6 peratus pada Julai, manakala inflasi penginapan meningkat 4.6 peratus akibat peningkatan dalam bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan daripada setahun lalu.

MAS dan MTI mengekalkan unjuran mereka bagi inflasi keseluruhan untuk 2023 kepada antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, manakala inflasi teras berada antara 3.5 peratus dan 4.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >