Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras S’pura turun kepada 3.1% pada Jan, dijangka naik pada Feb

Feb 23, 2024 | 06:18 PM



Harga pengguna telah merosot pada Januari berikutan inflasi perkhidmatan dan makanan yang lebih rendah, mengatasi anggaran penganalisis dalam satu perkembangan mengejutkan.

Namun Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memberi amaran bahawa inflasi teras dijangka meningkat pada Februari – amaran sama yang juga diberikan beberapa penganalisis.

Data rasmi yang dikeluarkan pada 23 Februari menunjukkan bahawa inflasi teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan swasta untuk mencerminkan perbelanjaan isi rumah dengan lebih baik, mencapai 3.1 peratus pada Januari berbanding bulan sama pada 2023, lebih rendah daripada ramalan 3.6 peratus dalam satu tinjauan ekonomi Reuters.


Penurunan angka itu berlaku walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) meningkat kepada 9 peratus pada Januari, daripada 8 peratus pada Disember 2023.

Angka Januari itu, ekoran kenaikan harga perkhidmatan dan makanan yang lebih perlahan, adalah lebih rendah sedikit daripada 3.3 peratus pada Disember 2023, tahap di mana harga pengguna teras telah berlegar-legar selama berbulan-bulan.

Inflasi keseluruhan jatuh mendadak kepada 2.9 peratus pada Januari berbanding bulan sama 2023, daripada 3.7 peratus pada Disember dan mengatasi ramalan Reuters yang meramalkan 3.8 peratus.


Penurunan harga pengguna diterajui oleh penurunan inflasi penginapan dan pengangkutan swasta.

MTI dan MAS berkata inflasi teras dijangka meningkat pada Februari, yang akan mencerminkan kesan perayaan Tahun Baru Cina.

Mereka menambah:

“Selepas ini, inflasi teras dijangka terus sederhana beransur-ansur sepanjang 2024 kerana tekanan kos import terus menurun dan kelemahan pada pasaran pekerja domestik yang sebelum ini ketat.”

Ahli ekonomi Maybank, Dr Chua Hak Bin, menyifatkan inflasi teras pada Januari sebagai “tidak dijangka” memandangkan kenaikan GST, cukai karbon dan harga pentadbiran lain.

Beliau berkata kejatuhan inflasi utama bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan masa cuti Tahun Baru Cina mungkin telah mengganggu gambaran inflasi.

“Melihat pada gabungan inflasi purata Januari dan Februari, sepatutnya memberikan penilaian yang lebih dipercayai, sama ada tekanan inflasi sememangnya berkurangan dengan begitu cepat,” jelas Dr Chua.

Pakar ekonomi Bank DBS, Encik Chua Han Teng, pula berkata inflasi teras Januari menandakan catatan terendah sejak awal 2022.

Berikutan kadar lebih sederhana Januari, beliau menjangkakan inflasi teras yang lebih tinggi pada Februari, dengan makanan menjadi satu kategori yang mempunyai tekanan harga lebih tinggi dari tahun ke tahun, disebabkan kesan Tahun Baru Cina.

Justeru itu, Encik Chua berpendapat inflasi teras diramal lebih rendah pada 2024 berbanding 2023, ekoran inflasi diimport yang lebih terkawal, disebabkan harga komoditi global yang lebih stabil, kekuatan dolar Singapura yang berterusan, serta kelonggaran kos domestik.

Terdahulu pada Februari, MAS menurunkan anggaran inflasi keseluruhannya pada 2024 kepada antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus, turun daripada unjuran sebelumnya, antara 3 peratus hingga 4 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >