Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

JTC peruntuk $4j sokong usaha kurang karbon di Kawasan Inovasi Jurong

Jun 19, 2024 | 2:59 PM
JTC akan memperoleh cadangan daripada orang ramai untuk cuba dan guna huraian mengurangkan penggunaan karbon di hab pengilangan termaju itu.
JTC akan memperoleh cadangan daripada orang ramai untuk cuba dan guna huraian mengurangkan penggunaan karbon di hab pengilangan termaju itu. - Foto JTC

JTC, dengan sokongan Enterprise Singapore (EnterpriseSG), melancarkan satu gesaan inovasi untuk menyokong usaha menyahkarbon bagi penyewa dan pemajak di Kawasan Inovasi Jurong (JID).

Sekitar $4 juta telah diketepikan di bawah gesaan inovasi tersebut, menurut JTC pada 19 Jun.

Dana tersebut akan menyokong pelbagai huraian yang bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga dan air dalam kalangan penyewa di JID, di samping mengurangkan pengeluaran sisa serta jejak karbon di daerah tersebut.

Penyewa dan pemajak, agensi sektor awam, serta penyedia huraian sektor swasta, akan membangun, menguji dan melaksana pelbagai huraian secara bersama di Makmal Kehidupan Penyahkarbonan @ Gesaan Inovasi JID yang baru.

Makmal tersebut akan digunakan untuk mencuba pelbagai inovasi baru bagi mengurangkan penggunaan karbon di JID, dengan sasaran meniru dan meningkatkan penggunaannya di JID dan kawasan lain.

Untuk mencapainya, JTC akan ‘crowdsource’ iaitu memperoleh cadangan daripada orang ramai menerusi gesaan inovasi itu, lapor The Business Times (BT).

Satu panel berbilang agensi, termasuk pemilik tanah perindustrian dan EnterpriseSG, akan menilai pelbagai cadangan yang diterima.

Ia merancang menganugerah beberapa projek pengurangan karbon menjelang awal 2025.

Menurut JTC, sebahagian besar jumlah pelepasan karbonnya dikategori sebagai Skop 3, iaitu, ia berasal daripada sumber yang tidak dimiliki atau dikawal JTC, tetapi mungkin berasal daripada penyewa dan pemajak.

Usaha mengurangkan pelepasan karbon Skop 3 memerlukan penyelarasan dengan vendor dan penyedia khidmat rantaian bekalan huluan dan hiliran.

Makmal Kehidupan dan Gesaan Inovasi tersebut bertujuan memanfaatkan pelanggan JTC, yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai cabaran kemampanan dan corak penggunaan karbon masing-masing.

“Dengan gesaan inovasi ini, JID akan menjadi daerah di mana pelbagai idea inovatif boleh diuji untuk (membangun) bukti konsep, yang digunakan pada skala bangunan atau daerah, sebelum mencapai skala pengkomersialan,” kata pemangku pengarah di jabatan kemampanan JTC, Encik John Kiong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg