Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan kenderaan elektrik sedunia naik 21% pada Jul

Aug 13, 2024 | 3:26 PM
Sebanyak 1.35 juta EV dijual di seluruh dunia pada Julai.
Daripada jumlah itu, sebanyak 880,000 unit EV dijual di China.
Sebanyak 1.35 juta EV dijual di seluruh dunia pada Julai. Daripada jumlah itu, sebanyak 880,000 unit EV dijual di China. - Foto REUTERS

GDANSK (Poland): Jualan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya dan kenderaan hibrid ‘plug-in’ di seluruh dunia meningkat sebanyak 21 peratus setahun pada Julai, disebabkan pertumbuhan kukuh dalam permintaan EV di China pada 2024.

Jualan EV meningkat walaupun permintaannya merosot di Eropah, menurut firma penyelidikan pasaran Rho Motion pada 13 Ogos.

Di Kesatuan Eropah (EU), syarikat MG Motor, yang dimiliki oleh SAIC Motor Corp dari China, dijangka terjejas teruk akibat tarif sementara yang dikenakan ke atas kenderaan elektrik (EV) yang diimport dari China, menurut pengurus data Rho Motion, Encik Charles Lester.

Beliau menambah bahawa kesan tarif dijangka lebih kecil terhadap kenderaan Tesla dari Amerika Syarikat, yang boleh dikeluarkan di kilang syarikat itu di Berlin, serta terhadap syarikat pengeluar EV dari China, BYD, yang mencatat penjualan yang agak kecil di Eropah.

Sebanyak 1.35 juta EV – bagi kededua kenderaan elektrik bateri sepenuhnya (BEV) dan kenderaan hibrid ‘plug-in’ (PHEV), dijual di seluruh dunia pada Julai.

Daripada jumlah itu, sebanyak 880,000 unit EV dijual di China pada Julai 2024 iaitu kenaikan 31 peratus berbanding Julai 2023.

Sepanjang tujuh bulan pertama 2024, PHEV yang dijual di China melonjak 70 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Kenderaan hibrid ‘plug-in’ menggunakan kededua kuasa bateri dan bahan api seperti petrol.

BYD, syarikat pengeluar EV terbesar di China dan seluruh dunia, mencatat penjualan BEV dan PHEV di seluruh dunia yang masing-masing naik 13 peratus dan 44 peratus sepanjang tujuh bulan pertama 2024.

Di Eropah, jualan EV turun 7.8 peratus sebulan pada Julai.

Sepanjang tujuh bulan hingga Julai 2024, jualan EV merosot 12 peratus di Jerman, pasaran EV terbesar di EU.

Di Amerika Syarikat dan Canada, jualan EV meningkat 7.1 peratus pada Julai.

“BYD sekali lagi mencatat jualan tertinggi bagi kenderaan hibrid ‘plug-in’ bulan ini. Ini merupakan penyumbang utama jualan EV kerana syarikat ini mempunyai jumlah besar kenderaan yang dijual,” kata Encik Lester.

Kenderaan elektrik pemanjang jarak (Reev), iaitu kenderaan yang dilengkapi bateri yang boleh dicas semula mengguna penjana kuasa yang dipasang pada kenderaan – juga meraih jualan tinggi, kata Encik Lester.

Pada Julai 2024, EU mengenakan tarif sementara ke atas kereta elektrik yang diimport dari China.

Syarikat BYD dikenakan cukai sebanyak 17.4 peratus, Geely 19.9 peratus dan SAIC 37.6 peratus. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg