Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jualan runcit April naik 3.6%

Jun 05, 2023 | 04:57 PM



JUALAN runcit Singapura meningkat buat tiga bulan berturut-turut pada April dengan kenaikan terbesar dicatatkan oleh segmen seperti kosmetik dan peralatan mandian sedang lebih ramai pelancong tiba di negara ini.

Penjualan runcit menyaksikan kenaikan sebanyak 3.6 peratus pada April berbanding tempoh sama pada 2022, reda sedikit daripada kenaikan 4.5 peratus pada Mac dan lonjakan 12.6 peratus pada Februari ekoran perayaan Tahun Baru Cina.

Jualan runcit pada April berbanding bulan sebelumnya, yang diselaraskan mengikut musim meningkat 0.3 peratus, turun daripada pertumbuhan 2.2 peratus pada Mac, menurut data daripada Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Isnin.

Anggaran jumlah nilai jualan runcit pada April ialah $3.9 bilion, dengan jualan dalam talian menyumbang 12 peratus - satu mata peratusan lebih rendah berbanding 13 peratus pada Mac.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit meningkat 4.2 peratus berbanding tempoh setahun lalu dan naik 1.5 peratus berbanding bulan sebelumnya, berdasarkan penyelarasan mengikut musim.

Hampir semua kategori jualan runcit melihat pertumbuhan dalam jualan pada April, didahului oleh kategori makanan dan alkohol (30.5 peratus) serta kosmetik, peralatan mandian dan barangan perubatan (16.8 peratus).

Segmen lain yang menyaksikan pertumbuhan termasuk pakaian dan kasut (13 peratus), barangan optik dan buku (8.6 peratus) serta minimart dan kedai serbaneka (6.9 peratus).

Kenderaan bermotor, stesen khidmat petrol, perabot dan peralatan rumah tangga, serta sektor peralatan telekomunikasi dan komputer dikecualikan.

Sekitar 60 peratus daripada kategori jualan runcit mencatat keuntungan jualan pada April, berbanding Mac yang diselaraskan mengikut musim, manakala 40 peratus merosot.

Perkhidmatan makanan dan minuman melihat penjualan meningkat 15.1 peratus pada April tahun ini berbanding tempoh sama pada 2022.

Setelah diselaraskan mengikut musim bulanan, perkhidmatan makanan dan minum berkembang 1.6 peratus dengan pertumbuhan merentas semua segmen iaitu restoran (8 peratus), katerer makanan (61.4 peratus), kedai makanan segera (19.8 peratus), serta kafe, kedai makan dan tempat makan lain (13.5 peratus).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >