Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura naik 2% pada Sep, dipacu jualan kenderaan

Enam daripada 14 kategori runcit catat peningkatan dalam jualan pada Sep
Nov 5, 2024 | 4:52 PM
Tanpa mengambil kira jualan kenderaan bermotor, sektor jualan runcit susut 1.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Tanpa mengambil kira jualan kenderaan bermotor, sektor jualan runcit susut 1.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. - Foto ST

Disokong penjualan kenderaan yang kukuh, jualan runcit Singapura meningkat 2 peratus tahun ke tahun pada September – meneruskan pertumbuhan 0.7 peratus pada Ogos.

Tanpa mengambil kira jualan kenderaan bermotor, jualan runcit susut 1.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2023, dan berkurangan berurutan sebanyak 0.2 peratus pada asas pelarasan musim bulan ke bulan.

Namun, jualan runcit bagi September melebihi unjuran kenaikan 1.8 peratus tahun ke tahun yang dianggarkan oleh ahli ekonomi swasta dalam tinjauan Bloomberg.

Pada asas pelarasan musim bulan ke bulan, jualan runcit meningkat 0.4 peratus, jauh lebih perlahan daripada pertumbuhan 0.8 peratus pada Ogos, menurut data Jabatan Perangkaan (SingStat) yang dikeluarkan pada 5 November.

Keseluruhan jualan runcit pada September berjumlah $4 bilion, dengan hasil jualan dalam talian menyumbang sebanyak 13.8 peratus kepada jumlah tersebut.

Enam daripada 14 kategori runcit mencatatkan peningkatan dalam jualan tahun ke tahun pada September, lapor The Business Times.

Jualan kenderaan bermotor merekodkan peningkatan terbesar sebanyak 29.6 peratus, manakala kategori pakaian dan kasut mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 9.3 peratus.

Pada asas pelarasan musim bulan ke bulan, tujuh daripada 14 kategori tersebut menunjukkan peningkatan dalam jualan.

Jualan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, meneruskan peningkatan 4.4 peratus pada Ogos. 

Namun pada asas pelarasan musim bulanan, jualan perkhidmatan F&B pada September berkurangan 2.1 peratus – lebih perlahan berbanding pertumbuhan 3.6 peratus yang dicatatkan pada Ogos.

Pada asas tahunan, hasil katering makanan meningkat 19.1 peratus, manakala penjualan di kafe, pusat makanan dan tempat makan lain meningkat 2.4 peratus. 

Bagaimanapun, penjualan jatuh 4.1 peratus di kedai makanan segera dan 1 peratus di restoran.

Kesemua empat kategori di bawah jualan perkhidmatan F&B itu menunjukkan penurunan pada asas pelarasan musim bulan ke bulan, antara 1.8 peratus hingga 3.5 peratus.

Keseluruhan jualan perkhidmatan F&B berjumlah $978 juta, dengan anggaran 23.9 peratus daripada jumlah itu datang daripada wadah jualan dalam talian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg