Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jumlah kerja kosong meningkat pada 2022: MOM

Sebahagian besar adalah bagi karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen; bakat dalam bidang teknologi paling diburu majikan
Mar 31, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH keseluruhan kerja kosong di Singapura meningkat pada 2022, meskipun jumlahnya terus merosot buat tiga suku berturut-turut pada suku yang berakhir pada Disember.



Perangkaan ini mencapai 104,500, lebih seganda daripada jumlah kerja kosong sebelum pandemik, iaitu 51,100 kerja kosong pada Disember 2019, menurut laporan Kerja Kosong 2022 oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Daripada pekerjaan kosong ditawarkan, 61 peratus adalah untuk menggantikan pekerja dan bukan peranan baru diwujudkan, lebih tinggi berbanding 56 peratus pada 2021.



Menurut MOM, bakat dalam bidang teknologi seperti penghasil sofwe, kekal yang paling diburu majikan walaupun industri teknologi global bergelut dengan masalah pertumbuhan dan pemberhentian kerja.



Menjelaskan, MOM berkata, dengan penarikan sekatan sempadan dan langkah pengurusan selamat pada April 2022, majikan aktif mencari bakat untuk mengisi jawatan kosong semasa pandemik.



Sebahagian besar kerja kosong yang ditawarkan adalah dalam peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), sebanyak 56 peratus berbanding 53 peratus pada 2021.



"Ini mencerminkan permintaan tenaga kerja untuk pekerja berkemahiran dalam sektor pertumbuhan seperti maklumat dan komunikasi, khidmat kewangan dan insurans, khidmat profesional dan khidmat sosial serta kesihatan," ujar laporan MOM.



Laporan itu menarik perhatian bahawa jumlah kerja kosong untuk peranan baru telah bertambah berbanding 2019, sedang perniagaan terus meluaskan perniagaan atau menyusun semula perniagaan.



Hampir tujuh dalam 10 kerja kosong dalam bidang maklumat dan komunikasi adalah peranan baru iaitu perangkaan tertinggi bagi sektor itu buat tiga tahun berturut-turut.



Laporan MOM menjelaskan lagi bahawa bakat dalam bidang teknologi paling dicari oleh majikan.



Ini seperti penghasil sofwe, web dan media berbilang serta pengurus aplikasi dan sofwe yang terus menjadi buruan sedang trend pendigitalan telah menghasilkan permintaan yang berterusan untuk kemahiran teknologi.



Pengurus dan eksekutif dalam pembangunan perniagaan dan penjualan serta karyawan penjagaan kesihatan, juga kekal dalam permintaan, tambah laporan itu.



"Majikan, secara umumnya, bersedia membayar lebih untuk mengisi jawatan-jawatan ini kerana kekurangan kemahiran yang khusus.



"Peranan ini lazimnya memerlukan pemohon memiliki kemahiran teknikal yang kukuh, seperti pengetahuan bahasa pemprograman dan pengalaman atau pengetahuan mengenai proses kerja," terang MOM.



Memandang ke depan, kerja kosong dijangka sederhana sedang sentimen pengambilan pekerja kekal positif, ketidaktentuan ekonomi global akan menjejas permintaan pekerja, jelas MOM.



"Majikan yang berdepan kesukaran mengisi kerja kosong harus meneruskan usaha untuk transformasi perniagaan dan mereka semula pekerjaan untuk meningkatkan daya tarikan pekerjaan," tambah laporan itu.



Laporan lanjut: Jumlah kerja kosong sukar diisi merosot susulan sempadan dibuka: MOM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >