Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jumlah pelawat ke S’pura bagi Nov turun lagi kepada 1.1j

Dec 15, 2023 | 04:48 PM



Ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura merosot untuk empat bulan berturut-turut kepada 1,100,459 pada November.

Ini berdasarkan perangkaan terkini Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada 15 Disember.

Jumlah tersebut adalah 2.3 peratus lebih rendah daripada 1,125,954 pelawat yang dicatat pada Oktober.

Bagaimanapun, ia masih 34.8 peratus lebih tinggi daripada 816,340 pelawat yang dicatat pada November 2022, lapor The Straits Times (ST).


Indonesia sekali lagi menduduki tempat pertama sebagai sumber pelawat ke Singapura, dengan 184,280 pelancong yang tiba pada bulan lalu, berbanding 180,881 pelawat pada Oktober.

Negara sumber terbesar seterusnya ialah China, yang mencatat 104,347 pelawat yang tiba pada November. Bilangannya lebih rendah daripada 122,764 pada Oktober.

Malaysia memperoleh semula kedudukan tempat ketiga pada November, dengan 93,415 pelancong yang tiba, naik daripada 88,642 pelancong pada Oktober.

India jatuh ke tempat keempat, dengan 90,229 pelawat – merosot daripada 94,332 pelawat pada bulan sebelumnya.

Australia berada di tempat kelima dengan 88,201 pelawat yang tiba pada November, tinggi sedikit daripada 88,033 pelawat pada Oktober.

Sehingga kini sepanjang tahun ini, Singapura telah menyambut seramai 12.4 juta ketibaan pelawat.

Jumlah tersebut berada dalam lingkungan 12 juta hingga 14 juta ketibaan pelawat yang dijangka STB bagi keseluruhan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >