Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Warga asing, termasuk dari S’pura, wajib isi kad ketibaan digital apabila masuk ke M’sia mulai 1 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga asing, termasuk dari S’pura, wajib isi kad ketibaan digital apabila masuk ke M’sia mulai 1 Dis

Dec 01, 2023 | 06:00 PM



Bermula 1 Disember 2023, semua pelancong ke Malaysia, termasuk dari Singapura, diwajibkan mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh, berkata MDAC adalah sebahagian daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan imigresen, selaras dengan pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India, bermula 1 Disember 2023.

Beliau bagaimanapun berkata MDAC dikecualikan bagi penduduk tetap Malaysia dan pemegang Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (Macs).

“Semua pelancong dan pelawat warga asing, kecuali mereka dalam senarai yang mendapat pengecualian, perlu menyerahkan MDAC sebelum tiba di Malaysia,” katanya kepada Berita Harian pada Jumaat.


Pelancong dan pelawat asing boleh mengisi data secara dalam talian seawal tiga hari sebelum ketibaan ke Malaysia di pautan berikut: https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main.


Pengisian data MDAC ini boleh dibuat seawal 3 hari sebelum ketibaan. Walaubagaimanapun untuk memastikan kelancaran pengurusan ketibaan warganegara asing, kelonggaran pengisian MDAC diberikan sehingga 7 Disember 2023.

Pada Jumaat, maklumat mengenai MDAC yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga Singapura.

Pada 26 November lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

Katanya, ketika ini negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkey dan Jordan, menikmati kemudahan pengecualian visa.

Kemudahan kemasukan ke Malaysia tanpa visa ini juga turut dinikmati lapan negara Asean lain yang membenarkan lawatan bagi tujuan sosial, melancong dan perniagaan sehingga 30 hari.

Inisiatif lain di bawah PLV itu antara lain meliputi pemberian kemudahan visa kemasukan berbilang hingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin memasuki Malaysia.

Selain itu, pemberian pas lawatan sosial jangka panjang hingga 12 bulan diberikan kepada pelajar antarabangsa yang tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan.

Pengenalan PLV itu juga bertujuan menjana hasil pendapatan negara, sekali gus memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri utama pelaburan dan pelancongan di Asia.

Sementara itu, Jabatan Imigresen mencatatkan 26 juta kemasukan warga asing ke Malaysia dari 1 Januari hingga 15 November 2023, dengan antara paling tinggi kemasukan pelancong adalah dari Singapura iaitu seramai 12.6 juta, diikuti Indonesia 3.1 juta dan Thailand seramai 2.07 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >