Topik diikuti
Pergi ke BHkuKadar pekerjaan meningkat suku ketiga; tapi pengangguran juga naik
Kadar pekerjaan meningkat suku ketiga; tapi pengangguran juga naik
MOM: Kadar berhenti kerja kekal rendah; masih ada kerja kosong bagi jawatan PMET seperti dalam khidmat masyarakat; kewangan dan insurans; maklumat dan komunikasi; dan profesional
Kadar pekerjaan meningkat suku ketiga; tapi pengangguran juga naik
SENTIMEN BERCAMPUR: Pekerja pejabat melintasi simpang McCallum Street dan Cecil Street. Kadar pekerjaan dan kemasukan semula pekerjaan meningkat dan kadar pemberhentian kerja kekal rendah, tetapi pengangguran dan pengangguran jangka panjang naik pada Julai hingga September lalu. - Foto ST -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 13, 2019 | 5:30 AM
PASARAN tenaga kerja menunjukkan sentimen bercampur-campur pada suku ketiga tahun ini dengan kadar pekerjaan meningkat ekoran ekonomi lebih pulih, meskipun kadar pengangguran turut naik.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataannya semalam berkata kadar kemasukan semula pekerjaan turut meningkat manakala kadar pemberhentian kerja kekal rendah.