Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kegiatan kilang S’pura pulih pada Mac, dibantu prestasi sektor elektronik

Apr 03, 2024 | 05:22 PM



Selepas prestasi merosot pada Februari, kegiatan kilang di Singapura mencapai semula keseimbangan pada Mac, dibantu sektor elektronik yang menunjukkan prestasi terbaik sejak pertengahan 2022.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Singapura, iaitu kayu ukur sektor perkilangan, naik kepada 50.7 mata pada Mac, daripada 50.6 mata pada Februari, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada 2 April.

Sementara itu, PMI bagi elektronik, sektor utama perkilangan, meningkat 0.4 mata kepada 50.8 mata, daripada 50.4 mata yang dicatat pada Februari.

Bacaan melebihi 50 mata menandakan pertumbuhan, manakala bacaan di bawah 50 mata menunjukkan penguncupan.

Pengembangan keseluruhan dalam perkilangan, selama tujuh bulan berturut-turut, disokong oleh kadar pertumbuhan lebih pesat yang merangkumi kebanyakan indeks, termasuk pesanan baru, eksport baru, keluaran, pembelian input, barangan siap dan pesanan tertunggak.

Sebagai perbandingan, indeks yang mencatat kadar perkembangan lebih perlahan termasuk import, harga input dan perniagaan masa depan, manakala penghantaran pembekal menguncup selama 10 bulan berturut-turut, walaupun pada kadar lebih kecil.

Bagi segmen elektronik, kesemua indeks berkembang pada kadar lebih pantas kecuali bagi harga input, yang meningkat pada kadar lebih perlahan.

Pembelian input di bawah PMI elektronik menunjukkan peningkatan paling ketara sebanyak 0.7 mata kepada 50.9 mata, manakala kedua-dua penghantaran pembekal dan keluaran kilang berubah daripada penguncupan kepada pengembangan.

Pakar ekonomi bersetuju bahawa data PMI bagi Mac memberi petanda baik bagi prospek pertumbuhan ekonomi pada suku kedua 2024, selepas prestasi agak lemah pada awal 2024, lapor The Straits Times.


Pakar ekonomi di Maybank Securities, Encik Brian Lee, berkata: “Peningkatan secara keseluruhan dan PMI elektronik menunjukkan pemulihan berterusan dalam kegiatan perkilangan dan eksport bagi beberapa bulan akan datang.”

Beliau menambah bahawa pengembangan lebih pantas dalam pembelian input elektronik menunjukkan “pengilang kelihatan lebih yakin mengenai prospek perniagaan mereka”.

Ketua pakar ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling, menarik perhatian kepada pembelian saham yang meningkat bagi beberapa syarikat pembuat cip, yang disokong permintaan berkaitan kecerdasan buatan (AI), sebagai faktor yang boleh mengekalkan pemulihan.

Beliau menambah bahawa sektor perkilangan domestik dijangka mengalami kadar pertumbuhan lebih rancak pada separuh pertama 2024, membuka jalan bagi pemulihan sederhana bagi 2024.

Peningkatan sederhana yang diramal bagi jangka terdekat, turut disokong oleh PMI Singapura yang bergerak seiring dengan rantau lebih luas, khususnya di China, Indonesia, Taiwan dan Thailand, katanya.

Namun, pakar ekonomi DBS Bank, Encik Chua Han Teng, tetap berhati-hati mengenai ketidaktentuan yang bakal dihadapi dan berkata faktor seperti “kadar faedah tinggi dalam ekonomi maju, risiko berkaitan pertumbuhan yang berlarutan di China, serta ketegangan geopolitik” mungkin menjadi ancaman kepada rantaian bekalan yang teratur di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >