Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kereta elektrik jenama Smart akan dijual di S’pura

Dipasarkan sejak 25 tahun lalu sebagai kereta kecil atau mikro sesuai
bagi bandar moden yang sesak
Jan 04, 2024 | 06:12 PM



Syarikat pengedar kenderaan Cycle & Carriage (C&C) telah memperoleh hak menjual kereta elektrik berjenama Smart di Singapura.

Smart adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang dimiliki bersama oleh kumpulan syarikat kenderaan terkemuka China, Geely, dan pengeluar kereta Jerman Mercedes-Benz.

Perjanjian itu dicapai kurang setahun selepas Geely, syarikat tersenarai yang beribu pejabat di Singapura, memperoleh perniagaan francais bagi Ora, jenama EV dari China, lapor The Straits Times (ST).


Dalam satu kenyataan pada 4 Januari, C&C menyatakan ia akan mula menjual model kereta Smart #1 pada separuh pertama 2024.


“Kami teruja dengan pelbagai tawaran Smart yang sesuai untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi EV di Singapura,” kata pengarah urusan C&C Singapura, Encik Wilfrid Foo.

“Dengan kepakaran dan pengalaman kukuh Smart dalam reka bentuk dan pembangunan produk serta operasi, kami yakin Smart akan berjaya di Singapura,” ujar beliau.

Bilik pameran kereta Smart akan disediakan di Aras 3 kemudahan C&C di 301 Alexandra Road.

Ia dijangka siap menjelang suku ketiga 2024.

Dalam pada itu, C&C merancang mengadakan ‘roadshow’, atau jerayawara, bagi memasarkan kereta itu.

Kereta Smart dipasarkan sejak 25 tahun lalu sebagai kereta kecil atau mikro yang sesuai bagi bandar moden yang sesak.

Ketika itu, ia merupakan hasil usaha sama antara pengeluar jam tangan Swatch dari Switzerland dan Mercedes-Benz.

Kecuali di beberapa bandar Eropah, kereta mikro pada umumnya tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Di Singapura pula, terdapat sebilangan kecil model pertama kereta Smart yang dibawa masuk oleh pengimport selari.

Menurut perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), terdapat 14 kereta Smart di Singapura pada akhir 2022.

Bagaimanapun, model baru dan jauh lebih besar kereta Smart yang dibangunkan dengan kerjasama Geely mungkin digemari para pembeli.

Saiz kereta Smart #1 agak sama dengan kereta Toyota Yaris Cross, dan mempunyai bahagian kereta yang sama dengan kereta Volvo EX30 baru.


Kereta Volvo adalah satu lagi jenama Geely.

Kereta Smart #1 dilancar di Malaysia pada suku keempat 2023, dengan harga bermula daripada RM189,000 ($54,155), yang agak sama dengan harga kereta salun Honda Accord di sana.

Kereta Accord kali terakhir dijual pada harga sekitar $260,000 di Singapura.

Smart ialah salah satu daripada beberapa jenama kereta elektrik China di Singapura pada 2024, di samping jenama seperti BYD dan MG.

Jenama lain milik Geely di sini ialah Lotus, Polestar dan Volvo, yang diwakili oleh Wearnes Automotive milik Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >