Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kereta elektrik mewah Zeekr dari China akan dijual di S’pura

Dec 29, 2023 | 03:48 PM



Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang tinggi sekarang tidak menghalang minat dan keinginan pengedar kenderaan mengembangkan portfolio perniagaan mereka.

Premium Automobiles, pengedar kenderaan Audi, baru sahaja dilantik sebagai pengedar Zeekr, jenama kenderaan elektrik (EV) mewah yang dikeluarkan oleh syarikat kenderaan terkemuka China, Geely.

Perjanjian itu ditandatangani pada akhir Disember, menurut The Straits Times (ST).


Bilik pameran kereta itu akan dibina di kawasan Leng Kee Road pada separuh pertama 2024, menurut kenyataan Premium Automobiles yang dihantar kepada ST pada 28 Disember.


Kemudahan perkhidmatan kenderaan itu pula akan dibina di kawasan perindustrian Ubi.

Syarikat Premium Automobiles berkata maklumat lanjut mengenai kedua-dua lokasi itu masih belum dimuktamadkan.

Syarikat itu akan menampilkan dua model kereta Zeekr, iaitu, 009, yang merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV), dan X, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Penghantaran kedua-dua model kereta itu dijangka bermula pada suku ketiga 2024.

MPV 009, kenderaan enam tempat duduk, berukuran lebih 5.2 meter panjang. Ia lebih besar daripada kereta Toyota Alphard terkini yang berukuran kurang sedikit daripada 5 meter.

Premium Automobiles tidak mengesahkan spesifikasi kedua-dua kenderaan itu secara terperinci.

Bagaimanapun, MPV 009 menjanjikan jarak perjalanan sejauh 800 kilometer (km) apabila dicas sepenuhnya.

Kenderaan dua motor itu menawarkan kuasa maksimum 400 kilowatt (kW). Ini membolehkannya memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (kmj) dalam masa 4.5 saat, dan menjadikannya MPV terpantas di dunia.

SUV X yang berukuran 4.4 meter panjang pula mempunyai saiz yang hampir sama dengan kereta Volvo XC40.

Dua versi SUV X ditawarkan di negara lain di mana Zeekr sudah pun beroperasi.

Versi pertama mempunyai satu motor berkuasa 200kW yang menggerakkan roda belakang dan menawarkan jarak perjalanan sehingga 440 km.

Versi kedua pula mempunyai dua motor berkuasa 315kW dengan jarak perjalanan sejauh 400 km apabila dicas sepenuhnya.

Zeekr adalah kenderaan terbaru dalam siri jenama EV China yang memasuki pasaran Singapura.

Jenama EV China lain yang menembusi pasaran di sini termasuk Omoda, yang diwakili Vertex Automotive.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >