Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ketibaan pelawat ke S’pura merosot pada Ogos berbanding Julai

Sep 20, 2023 | 05:36 PM



Ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura merosot kepada 1.31 juta pada Ogos sedang perjalanan masuk ke negara ini menurun akibat permintaan pelancongan bermusim.

Angka pelawat pada Ogos merosot daripada 1.42 juta pada Julai, demikian menurut data yang dikeluarkan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Rabu.

“Kemerosotan dalam ketibaan pelawat disebabkan tempoh musiman dengan perjalanan masuk menurun selepas cuti sekolah,” kata ketua penyelidikan bagi Singapura dan Asia Tenggara di Cushman & Wakefield, Encik Wong Xian Yang.

Beliau berkata corak kembara ini adalah konsisten walaupun sebelum pandemik Covid-19 di mana ketibaan pelawat cenderung memuncak pada Julai pada setiap tahun.

Selain Ogos sebagai bulan yang biasanya lembap, penurunan angka pelancong yang masuk ke Singapura mungkin disebabkan prospek global yang lemah dan kehilangan keyakinan pelanggan dalam beberapa pasaran utama, kata pengarah eksekutif hotel dan percutian untuk Asia di Colliers International, Encik Govinda Singh.

“Harga penerbangan dan kos penginapan yang sangat tinggi juga telah mula membebankan pengguna apabila inflasi berterusan,” kata Encik Singh.

Penganalisis bagaimanapun kurang pasti jika ketibaan pelawat akan kembali bangkit atau terus menurun pada September ini.

Menyusuli acara antarabangsa besar seperti Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura pada September, jumlah ketibaan pelawat antarabangsa mungkin kembali bangkit pada paras yang dilihat pada Julai, bulan paling kukuh sepanjang 2023 setakat ini, kata Encik Singh.

Sebaliknya, Encik Wong berkata data antara 2017 dengan 2019 menunjukkan bahawa September cenderung menjadi tempoh pelancongan yang kurang aktif, dengan ketibaan menurun bulan demi bulan walaupun terdapat perlumbaan F1.

“Trend ini dijangka berlaku pada tahun ini (2023),” kata Encik Singh.

“Bagaimanapun, kejatuhan pelawat boleh berkurangan apabila jumlah pelawat dari China terus pulih sempena cuti panjang di China mulai 29 September.”

Pada Ogos, China kekal menjadi sumber pelawat Singapura yang paling tinggi dengan seramai 214,491 pelawat mengunjungi Singapura. Ini kurang sedikit daripada angka 231,328 pelawat China pada Julai.

Encik Wong menjangka China kekal menjadi pasaran teratas bagi perjalanan masuk ke Singapura, sedang perjalanan keluar dari Singapura terus pulih.

Indonesia merupakan negara terbesar kedua, dengan seramai 167,853 pelawat mengunjungi Singapura pada Ogos. Ini menurun daripada 229,886 pelawat pada Julai.

Malaysia mendaki ke tempat ketiga pada Ogos, dengan 87,895 pelawat berbanding 84,876 pelawat pada Julai.

India dan Australia masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima, dengan 83,556 dan 80,377 pelawat. Ini lebih kurang daripada 93,054 pelawat dari India dan 98,406 pelawat dari Australia pada Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >