Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keuntungan Qatar Airways turun walau pendapatan naik kerana Piala Dunia 2022

Jul 6, 2023 | 2:30 PM
KEUNTUNGAN LEBIH RENDAH: Walaupun pendapatannya  meningkat 45 peratus kepada AS$21 bilion, Qatar Airways melaporkan keuntungan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022/2023, iaitu AS$1.2 bilion  berbanding AS$1.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
KEUNTUNGAN LEBIH RENDAH: Walaupun pendapatannya meningkat 45 peratus kepada AS$21 bilion, Qatar Airways melaporkan keuntungan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022/2023, iaitu AS$1.2 bilion berbanding AS$1.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. - Foto fail

Syarikat penerbangan Qatar Airways pada Rabu melaporkan keuntungan lebih rendah, iaitu AS$1.2 bilion ($1.6 bilion), bagi tahun kewangan 2022/2023.

Menurut satu kenyataan media syarikat itu, pendapatannya meningkat 45 peratus daripada tahun kewangan lalu kepada AS$21 bilion.

Peningkatan itu didorong peranan Qatar Airways sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi bagi Piala Dunia 2022, yang berlangsung di negara itu.

Namun, keuntungan bagi tahun kewangan 2022/2023 merosot seperlima, atau 21 peratus, daripada tahun kewangan 2021/2022 yang sebanyak AS$1.54 bilion.

Tiada penjelasan diberi bagi keuntungan lebih rendah itu dan laporan pendapatan penuh tidak tersedia serta-merta.

Keuntungan tahun lalu adalah satu rekod bagi Qatar Airways selepas dua tahun ia mengalami kerugian mendadak apabila industri penerbangan dilanda pandemik Covid-19.

Kenyataan itu juga melaporkan bahawa Qatar Airways membawa 31.7 juta penumpang, naik 71 peratus daripada tahun kewangan lalu. Daripada jumlah tersebut, syarikat penerbangan itu membawa 1.4 juta penumpang ke Piala Dunia antara November dan Disember 2022.

Qatar Airways juga telah mengembangkan rangkaiannya ke lebih 160 destinasi dan beroperasi semula ke 13 destinasi.

Tiga belas destinasi itu ialah Amritsar, Beijing, Denpasar, Geneva, London Gatwick, Luxor, Nagpur, Perth, Qassim, Sarajevo, Shanghai, Taif, dan Windhoek.

Selain itu, Qatar Airways melancarkan dua laluan penerbangan baru ke Dusseldorf, Jerman; dan Santorini, Greece.

“Keputusan kewangan yang kukuh tahun ini disumbang oleh pemulihan permintaan penumpang yang kukuh dan keupayaan syarikat ini memenuhi permintaan tersebut,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Encik Akbar Al Baker.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg