Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan SGX naik pada separuh kedua, hasil kukuh mata wang dan komoditi

Aug 17, 2023 | 03:33 PM



Keuntungan bersih Bursa Singapura (SGX) meningkat 23.1 peratus kepada $286.3 juta untuk separuh kedua tahun ini yang berakhir pada 30 Jun, dirangsang mata wang dan komoditi yang kukuh.

Ini berbanding $232.7 juta pada tempoh tahun yang sama pada tahun lalu, kata bursa itu pada Khamis.

Pendapatan operasi kumpulan itu meningkat 7.9 peratus kepada $623 juta berbanding $577.4 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan pendapatan tersebut dirangsang oleh sumbangan daripada mata wang dan komoditi yang meningkat 35 peratus kepada $179.8 juta daripada $133.2 juta pada separuh kedua tahun ini.

“Francais mata wang dan komoditi kami telah berkembang luas, mencapai jumlah rekod sementara kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai tempat pilihan bagi derivatif ekuiti Asia,” kata ketua eksekutif SGX, Encik Loh Boon Chye.

Sumbangan pendapatan daripada ekuiti wang tunai, bagaimanapun mengecut 11.5 peratus kepada $175 juta daripada $197.7 juta.

“Terdapat lapan penyenaraian ekuiti baru berbanding 17 penyenaraian ekuiti sebelumnya, menjana $37.6 juta berbanding kepada $1.9 bilion setahun lalu,” kata kumpulan SGX itu.

Pendapatan sesaham untuk separuh tahun meningkat kepada $0.268 daripada $0.218 setahun sebelumnya.

Kumpulan bursa itu mencadangkan dividen suku tahunan terakhir sebanyak $0.085 sesaham, $0.005 lebih tinggi daripada $0.08 sesaham pada tahun sebelumnya.

Dividen dijangka dibayar pada 20 Oktober.

Jika diluluskan, jumlah dividen untuk 2023 akan berada pada $0.325 sesaham, lebih tinggi daripada $0.32 sesaham pada 2022.

Prestasi kukuh separuh kedua tahun itu mendorong pendapatan tahun sepenuhnya kepada $1.2 bilion, kenaikan 8.7 peratus daripada $1.1 bilion pada 2022. 

“Pertumbuhan pendapatan didorong oleh derivatif yang meningkat $115.6 juta atau 27.2 peratus,” kata kumpulan itu.

Keuntungan bersih tahun sepenuhnya meningkat kepada $570.9 juta daripada $451.4 juta, kenaikan 26.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kumpulan bursa SGX yakin ia akan terus maju daripada kedudukan masa kini.

“Walaupun pengetatan pesat dasar kewangan di dunia telah menjejas aktiviti penjanaan modal secara global dan di Singapura, kami optimistik penyenaraian ekuiti kami akan mantap di pasaran apabila keadaan bertambah baik,” kata Encik Loh.

“Kami kekal dapat mencapai pertumbuhan pendapatan satu digit yang tinggi, dan bermatlamat memberi ganjaran kepada pemegang saham kami dengan kenaikan peratusan pertengahan satu digit dalam dividen sesaham dalam jangka sederhana.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >