Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KPMG lancar panduan bantu niaga terap kemampanan

Jan 24, 2025 | 3:49 PM
(Enam dan tujuh dari kanan) Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Dr Janil Puthucheary, dan presiden Persatuan Komputer Singapura, Encik Sam Liew, bersama  anggota platform Sustainable Tech SIG dan syarikat perakaunan KPMG Singapura di ‘Forum Teknologi Mampan SCS’ pada 24 Januari.
(Enam dan tujuh dari kanan) Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Dr Janil Puthucheary, dan presiden Persatuan Komputer Singapura, Encik Sam Liew, bersama anggota platform Sustainable Tech SIG dan syarikat perakaunan KPMG Singapura di ‘Forum Teknologi Mampan SCS’ pada 24 Januari. - Foto KPMG

Firma perakaunan KPMG Singapura telah melancarkan satu panduan strategik – Memajukan Bakat Mampan Digital untuk Masa Hadapan – bagi menyokong perniagaan tempatan dalam membangunkan bakat digital sambil menerapkan kemampanan dalam operasi mereka.

Dibangunkan dengan sumbangan daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan platform Sustainable Tech SIG di bawah Persatuan Komputer Singapura (SCS), panduan itu sejajar dengan keutamaan negara ini, seperti Melakar Hala Tuju Singapura (Forward SG) dan Rancangan Hijau Singapura 2030.

Panduan tersebut dilancarkan semasa Forum Teknologi Mampan SCS pada 24 Januari di Hotel One Farrer, yang turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Dr Janil Puthucheary.

Dalam satu kenyataan pada 24 Januari, KPMG mengatakan panduan itu menyokong visi Singapura ingin memupuk tenaga kerja mahir yang bersedia memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk memacu inovasi mampan dan daya tahan ekonomi jangka panjang.

Ia menggariskan empat bidang fokus utama untuk membantu perniagaan berjaya dalam penyepaduan keutamaan digital dan hijau, iaitu analisis landskap; prinsip ‘Reka Bentuk Hijau’ yang menyokong amalan mementingkan alam sekitar dari awal dalam proses pemerolehan, sistem pembangunan dan operasi; pelan hala tuju bakat digital; dan cadangan untuk perniagaan.

“Dengan melakar semula minda dan kemahiran tenaga kerja sedia ada, memanfaatkan bakat digital untuk memacu inovasi hijau sejajar rangka kerja negara seperti Pelan Hijau 2030, perniagaan boleh mengubah cabaran menjadi peluang.

“Langkah praktikal yang boleh diambil termasuk melabur dalam teknologi cekap tenaga, mereka bentuk semula operasi bagi penggunaan semula atau penjanaan semula produk dan sumber untuk mengurangkan sisa, dan kerjasama rentas sektor mengikut skala penyelesaian yang memberi impak,” kata rakan kongsi dan ketua transformasi korporat di KPMG Singapura, Encik Lyon Poh.

KPMG turut menekankan kepentingan bagi perniagaan Singapura merebut peluang yang diberikan oleh ekonomi hijau dan AI dengan memasukkan kemampanan sebagai prinsip panduan rentas semua jabatan, memperuntuk sumber bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) mampan, meningkat dan memanfaatkan bakat sedia ada, serta memimpin dengan tujuan menyelaraskan keuntungan dengan tanggungjawab kemasyarakatan.

“Untuk transformasi kemampanan yang berjaya, pengamal perlu menggabungkan pengetahuan khusus dengan set kemahiran pelbagai disiplin.

“Kemahiran hijau, termasuk yang berkaitan dengan perisian hijau, adalah penting untuk membina masa depan mampan dan menyokong peralihan Singapura kepada masyarakat cekap sumber,” ujar pengerusi SCS Sustainable Tech SIG, Encik Joey Tan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg