Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kripto swasta gagal sebagai wadah pertukaran: Ketua MAS

Nilai mata wang kripto tidak menentu, akibatnya ramai pelabur rugi besar
Nov 16, 2023 | 06:41 PM



Mata wang kripto terbitan pihak swasta telah gagal dalam ujian wang digital.

Menurut ketua Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, mata wang kripto terbitan pihak swasta menunjukkan prestasi buruk sebagai wadah pertukaran wang atau penyimpan nilai.

Nilai mata wang kripto tidak menentu dan akibatnya ramai pelabur mengalami kerugian besar, ujar beliau, lapor The Straits Times (ST).


Mata wang kripto adalah satu bentuk token digital yang membolehkan penggunanya berurusan dengan orang lain tanpa perlu melalui institusi kewangan.

Encik Menon berkata demikian semasa berucap pada persidangan Pesta Teknologi Kewangan (Fintech) Singapura di Singapore Expo pada Khamis.


Beliau turut menjelaskan mengenai empat pesaing bagi wang digital, iaitu mata wang kripto, mata wang digital bank pusat (CBDC) atau CBDC borong, liabiliti bank token dan ‘stablecoin’ yang dikawal dengan baik.

Contoh liabiliti bank ialah pinjaman dan deposit.

Encik Menon, yang akan bersara pada 1 Januari 2024, berkata CBDC borong dan liabiliti bank token boleh memainkan peranan sebagai wang digital dan membuat pembayaran. Ia membolehkan pemindahan aset atau dana secara serentak antara pelbagai pihak.

Beliau menambah, MAS telah menjalankan banyak eksperimen mengenai penggunaan CBDC borong dengan bank pusat lain dan industri kewangan.

Pengawal selia kewangan itu akan memperluas lagi ujian bagi pengeluaran CBDC borong untuk membuat pembayaran serta-merta di seluruh bank perdagangan.

Untuk itu, MAS akan bekerjasama dengan bank tempatan tidak lama lagi untuk merintis penggunaan CBDC borong sebagai aset pembayaran biasa bagi bayaran domestik.

Mengenai stablecoin, Encik Menon berkata jika dikawal dengan baik, ia boleh memainkan peranan berguna sebagai wang digital, di samping CBDC dan liabiliti bank token.

Stablecoin ialah mata wang kripto yang nilainya terikat dengan mata wang lain.

Di Singapura, MAS telah menyediakan rangka kerja kawal selia untuk stablecoin.

Pindaan perundangannya memerlukan tempoh lebih setahun untuk disiapkan, kata Encik Menon.

Buat sementara waktu, MAS mengiktiraf entiti yang memiliki stablecoin yang mematuhi rangka kerja kawal selia baru itu.

MAS telah memberi Kebenaran Secara Prinsip (IPA) di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran kepada StraitsX dan Paxos Digital Singapore, yang akan mengeluarkan stablecoin yang mematuhi sebahagian besar rangka kerja baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >