Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SKIM BANTUAN PEKERJAAN (JSS)

Kumpulan seni Teater Ekamatra tarik nafas lega dengan bantuan skim

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



DENGAN persada seni di Singapura terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, bantuan tambahan daripada pemerintah merupakan sesuatu yang dialu-alukan oleh sektor seni, kata Pengarah Urusan Teater Ekamatra, Cik Nurul Shaza Mohd Ishak.



Namun, dengan adanya sokongan tambahan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dilanjutkan mulai 31 Disember 2021, Cik Shaza dan pasukannya dapat menghela nafas lega.



Bercakap kepada Berita Harian semalam, Cik Shaza berkata sehingga kini, skim JSS banyak membantu mengurangkan kos operasi serta terus membolehkan kumpulan seni itu mengadakan persembahan selaras dengan langkah-langkah Covid-19 semasa.



Cik Shaza, yang terpaksa memberhentikan dua orang kakitangannya pada pertengahan 2020, menyifatkan langkah itu sebagai salah satu peristiwa yang paling sedih dalam kerjayanya.



Namun, dengan sokongan JSS, beliau diberi peluang mengekalkan kakitangannya.



"Kami telah mengambil pekerja baru dan berjaya mengekalkan kakitangan kami, termasuk pengurus syarikat dan kakitangan kontrak di bawah program SGUnited.



"Dengan JSS, kami berasa lebih yakin mengambil semula dan mengembangkan semula kakitangan kami kerana ia menyokong sebahagian daripada gaji mereka," katanya.



Sementara ini, Teater Ekamatra mempunyai tiga kakitangan sepenuh masa dan dua lagi pekerja sambilan.



Selain daripada JSS, Teater Ekamatra turut memanfaatkan sokongan lain.



Ini termasuk Skim Latihan SGUnited dan Dana Mempertahankan Kesenian (stART) Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Dengan adanya suntikan dana seperti ini, Cik Shaza menjelaskan bahawa ia telah membantu syarikat tersebut terus kekal berkarya dan meneruskan legasinya sebagai salah sebuah kumpulan teater mapan di Singapura.



Tambahnya, pihaknya juga turut memanfaatkan Skim Pembangunan Keupayaan bagi Seni (CDSA) yang diselaras NAC dengan mengambil pelbagai kursus bagi menambah ilmu termasuk dalam aspek pemasaran, kepimpinan dan kemampanan kewangan pertubuhan bukan pemerintah (NGO).



"Bagi Teater Ekamatra, ini adalah salah satu geran paling penting yang kami terima kerana ia memberikan kami sedikit masa untuk berfikir tentang cara kami melakukan sesuatu dan bagaimana kami boleh melakukannya dengan lebih baik pada masa hadapan.



"Tidak dinafikan bahawa wabak Covid-19 telah memberi kesan yang teruk kepada persada seni dan syarikat ini, terutamanya dari segi kewangan, dan kesan itu akan kekal untuk sementara waktu.



"Tetapi pada tahun 2020, semasa kami berada dalam keadaan yang tidak pasti dan menunggu keadaan menjadi lebih baik, saya rasa ia banyak membantu kami dari segi meningkatkan kemahiran semasa tempoh yang agak mencabar ini," ujarnya.



Dengan keadaan yang semakin pulih di Singapura, Cik Shaza tidak sabar untuk mengundang penonton bagi menghadiri pementasannya secara langsung.



"Walaupun kerja digital telah membantu kami kekal relevan dalam dua tahun kebelakangan ini, kami tidak dapat menafikan bahawa keajaiban sebenar teater terletak pada hakikat bahawa ia dibawakan secara langsung dan anda dikelilingi oleh penonton lain yang menonton perkara yang sama seperti anda.



"Keintiman teater tidak boleh ditiru dengan cara lain.



"Kami tidak sabar untuk mengadakan pementasan di lokasi apabila keadaan menjadi lebih baik, tetapi kami akan terus mengukuhkan aspek digital tawaran kami," katanya, sambil menambah mereka kini sudah mempunyai tiga projek baru yang akan diumumkan tahun hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >