Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laba separuh kedua PropNex turun 27.1% kepada $25.8j

Feb 28, 2024 | 05:35 PM



PropNex melaporkan keuntungan bersihnya jatuh 27.1 peratus bagi separuh tahun berakhir Disember 2023 kepada $25.8 juta, daripada $35.3 juta dalam tempoh sama setahun sebelumnya.

Ini berlaku apabila pendapatannya turun 14.9 peratus kepada $473.8 juta, berdasarkan penyata agensi hartanah itu yang dikeluarkan pada 28 Februari.

Pendapatan sesaham syarikat itu berada pada 3.48 sen bagi separuh 2024, turun daripada 4.78 sen pada 2023.

Syarikat itu mencadangkan dividen terakhir sebanyak 3.5 sen sesaham, menjadikan dividennya berjumlah enam sen sesaham untuk tahun kewangan 2023.

Ini mewakili nisbah pembayaran sebanyak 92.9 peratus daripada keuntungan bersih yang boleh diagihkan dan hasil dividen sebanyak 6.5 peratus, berdasarkan harga saham pada 31 Disember 2023.

Dividen itu akan dibayar pada 10 Mei, selepas penutupan akaun pada 2 Mei.

Untuk tahun penuh, keuntungan bersihnya turun 23.3 peratus kepada $47.8 juta, manakala pendapatan susut 18.6 peratus kepada $838.1 juta.

Ini disebabkan bilangan urus niaga yang kurang diselesaikan bagi perkhidmatan agensi dan pemasaran projek.

Pendapatan komisen daripada perkhidmatan agensi turun 7.7 peratus kepada $591.1 juta, manakala pendapatan komisen daripada perkhidmatan pemasaran projek turun 36.9 peratus kepada $242.3 juta pada tahun kewangan 2023.

Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, dipetik The Buisness Times sebagai berkata walaupun pendapatan separuh kedua dan keuntungan bersih mencatatkan pertumbuhan berbanding separuh pertama, ia tidak mencukupi untuk mengimbangi kewaspadaan bakal pembeli hartanah di tengah-tengah langkah penyejukan baru-baru ini, kadar faedah yang tinggi dan ketidaktentuan makroekonomi.


“Saya percaya prestasi kami berdaya tahan dalam konteks ini kerana kami mengekalkan kedudukan kukuh kami dalam pasaran kediaman, menguasai keseluruhan 62.5 peratus pelancaran baru privet, jualan semula privet dan segmen jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB),” tambahnya.

Harga saham PropNex yang didagangkan turun 0.5 peratus, atau 0.6 peratus, pada 89 sen pada 9.26 pagi pada 28 Februari, selepas pendapatannya diumumkan.

Dalam satu wawancara bersama Berita Harian pada Ogos 2023, Encik Ismail, 60 tahun, menyatakan beliau ingin memastikan syarikatnya kekal berdaya tahan dan relevan, dan akan bersedia pada bila-bila masa sekiranya beliau memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai CEO.


Menurut Encik Ismail, meskipun masih sihat, beliau tidak mahu bersikap acuh tak acuh, dan ingin memastikan apabila tiba masanya untuk beliau berundur, pegawai kanan dan kakitangan syarikatnya sudah terlatih dan bersedia mengambil alih dan memacu ke hadapan.

“Salah satu cabaran terbesar bagi mana-mana pertubuhan, baik syarikat berbilang negara (MNC) mahupun sebuah negara, ialah menyediakan pembaharuan kepimpinan yang betul.

“Dalam PropNex, saya tidak mahu suatu hari nanti, sama ada menerusi penggantian kepimpinan biasa atau sebab kecemasan, syarikat tidak bersedia,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >