Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laguna National Club berhutang $69.7 juta; aset jauh lebih rendah daripada jumlah hutang

Jul 19, 2023 | 02:28 PM



Laguna National Golf & Country Club, yang kini dalam proses pembubaran, berhutang sebanyak $69.7 juta kepada ratusan pemegang nota dan kreditor.

Kelab itu hanya mempunyai anggaran aset yang boleh direalisasikan bernilai $699,433.05, atau 1 peratus daripada hutangnya, menurut akhbar The Business Times.


Pada Selasa (18 Julai), satu mesyuarat pemiutang diadakan untuk memberi kemaskini mengenai proses pembubaran dan melantik satu jawatankuasa pemeriksaan bagi mewakili kepentingan pemiutang.

Ditubuhkan pada 1991, Laguna merupakan kelab golf proprietari yang pertama di Singapura.

Kumpulan anggota pertamanya telah melabur dalam nota tidak bercagar bernilai $120,000, yang bakal menjadi matang pada 11 Jun 2021.

Di samping itu, setiap daripada mereka membayar yuran keahlian, antara $40,000 bagi anggota individu yang terhad dengan $180,000 bagi ahli korporat terbuka.

Kelab itu pada mulanya dimiliki sebuah konsortium termasuk NatSteel and Resorts International, subsidiari DBS Land.

Pada 2001, hartawan, Encik Peter Kwee, memperoleh kelab tersebut.

Sehari sebelum nota itu ditebus, Encik Kwee menulis kepada pemegang kelab itu, British and Malayan Trustees, menyatakan bahawa kelab itu tidak dapat memenuhi tebusan disebabkan keadaan kewangannya.

Pada Februari 2023, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada permohonan Encik Lim How Teck, anggota perintis kelab itu, untuk menutup kelab itu, kerana tidak ada pertikaian bahawa syarikat itu tidak dapat membayar balik hutangnya.

Hakim Chua Lee Ming melantik Encik Cameron Duncan and Encik David Kim dari firma penstrukturan semula dan penasihat korporat KordaMentha sebagai pembubar.

Dalam penyata kewangan yang dilihat BT, kira-kira $69.6 juta dihutang kepada pemegang nota Laguna Series A.

Lagi $10,239.90 dihutang kepada British and Malayan Trustees, sementara $35,449.83 dihutang kepada pemiutang lain.

Hutang sebanyak $54,823.95 pula adalah kepada entiti berkaitan.

Entiti berkaitan selalunya merujuk kepada syarikat subsidiari atau syarikat induk. Mereka juga mungkin berkongsi pemilik sama.

Pada 2016, Encik Kwee telah memindahkan pajakan tanah Laguna, yang tamat tempohnya pada 2024, kepada Laguna Hotel Holdings, sebuah lagi syarikatnya.

Kelab baru, Laguna National Golf Resort Club, kini beroperasi di tanah sama.

Bercakap kepada BT, Encik Lim, bekas pengerusi Heliconia Capital yang disokong Temasek berkata:

“Dengan semua urus niaga pihak yang berminat ini, pembubar harus melakukan banyak kerja bagi memastikan sama ada bayaran ini melebihi batas.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >