Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laporan: Pasukan petugas AI nasional, jenama kukuh kunci usaha AI global S’pura

Sep 9, 2025 | 2:07 PM
Laporan tersebut diterbitkan selepas persatuan perdagangan industri teknologi Singapura, SGTech, bekerjasama dengan syarikat perunding, EY, untuk mengadakan perbincangan tertutup bersama 40 syarikat. 
Laporan tersebut diterbitkan selepas persatuan perdagangan industri teknologi Singapura, SGTech, bekerjasama dengan syarikat perunding, EY, untuk mengadakan perbincangan tertutup bersama 40 syarikat.  - Foto ST

Seperti banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura, syarikat huraian perisian, Elixir Technology, berhasrat merebut peluang kecerdasan buatan (AI).

Namun SME tersebut, yang menyediakan wadah bagi syarikat pelanggan membangunkan aplikasi pintar dan digital tersendiri, menghadapi kesukaran menarik bakat AI yang mencukupi, dan bakat dengan jenis kepakaran AI yang sesuai.

“Beberapa tahun lalu kami mengambil seorang pakar AI, dan ia menjadi satu mimpi ngeri kerana setiap beberapa minggu, ada syarikat lain yang akan menawarkan gaji 30 peratus lebih tinggi kepadanya,” kata pengasas bersama Elixir Technology, Encik Lau Shih Hor.

Cabaran terbesar syarikat tersebut ialah mencari pekerja yang memahami bagaimana AI boleh dimanfaatkan “bagi kes penggunaan yang tepat dan pasaran sasaran yang sesuai”, katanya sambil menambah bahawa tidak ramai yang mempunyai kepakaran merentas bidang sedemikian.

Pada pertengahan Mei, persatuan perdagangan industri teknologi Singapura, SGTech, bekerjasama dengan syarikat perunding, EY, untuk mengadakan perbincangan tertutup bersama 40 syarikat, termasuk Elixir Technology, bagi mengumpul pandangan tentang bagaimana Singapura boleh menjadi hab AI yang dipercayai di tengah-tengah keadaan geopolitik tidak menentu dan risiko tarif.

Laporan sembilan halaman oleh EY itu mengenal pasti halangan utama dalam perjalanan AI Singapura dan mengemukakan 14 cadangan bagi menangani cabaran tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Pada peringkat nasional, Singapura masih belum mempunyai jenama global bagi AI - seperti yang setara dengan jenama Lapangan Terbang Changi dalam sektor penerbangan - dan tidak menyediakan dana mencukupi untuk syarikat pemula mencipta kesan global, menurut laporan itu.

Bagi menangani cabaran sedemikian dalam sektor itu, laporan tersebut mencadangkan agar sebuah pasukan petugas AI peringkat nasional dibentuk, sama seperti pasukan petugas pelbagai kementerian yang dibentuk bagi menangani krisis Covid-19.  

Walaupun Singapura telah mewujudkan satu strategi AI nasional dengan pelbagai inisiatif untuk menggalak penggunaan AI yang lebih meluas, kewujudan pasukan petugas khusus yang melibatkan pelbagai kementerian akan meningkatkan penyelarasan, kata ketua sektor pemerintah dan awam Singapura di EY, Encik Samir Bedi.

“Mempunyai sebuah pasukan petugas yang membahaskan keputusan penting mengenai penciptaan nilai AI, kesannya terhadap pekerjaan dan terhadap ikatan sosial akan menyerlahkan pelbagai isu dan membawa hasil yang lebih cepat,” kata Encik Bedi dalam satu taklimat media pada 3 September di pejabat EY Singapura.

Pengarah eksekutif SGTech, Cik Yean Cheong, pula berkata Singapura perlu mengambil pendirian strategik mengenai jenis inovasi AI yang ingin diutamakan, dan memberikan penjelasan lanjut mengenainya kepada syarikat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg