Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Lebih 2,100 peluang kerja, latihan dalam sektor logistik tersedia

Oct 28, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 2,100 peluang dalam sektor logistik masih ditawarkan di bawah program pekerjaan dan kemahiran SGUnited buat mereka yang sedang mencari pekerjaan hingga hujung bulan lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya merupakan peluang pekerjaan.



Bakinya termasuk peluang latihan serta penempatan kerja dan program pelatih.



Menurut Laporan Situasi Pekerjaan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, sekitar 36 peratus daripada peluang pekerjaan itu merupakan peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



Pekerjaan PMET yang ditawarkan itu termasuk pengurus jualan serantau dan pengurus pembangunan perniagaan yang menawarkan gaji $4,000-$7,000 sebulan.



Sementara itu, peranan seperti pengurus logistik pula menawarkan gaji $3,700-$7,250 sebulan.



Bagaimanapun, kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan - sekitar 64 peratus - merupakan peranan bukan PMET kerana sektor logistik memerlukan tenaga kerja untuk menjalankan fungsi pekerjaan seperti dalam bidang penggudangan, pengangkutan, pelabelan dan pembungkusan.



Pekerjaan bukan PMET itu termasuk kerani pengangkutan yang menawarkan gaji $1,900-$2,400 sebulan, serta pekerja pengendali bahan dan muatan yang menawarkan gaji $1,600-$2,350 sebulan.



Selain peluang pekerjaan, terdapat juga 510 peluang program pelatih dan penempatan kerja serta 290 tempat latihan.



Antara April dengan bulan lalu, MOM mendedahkan seramai 710 orang telah meraih peluang pekerjaan, program pelatih dan penempatan kerja serta latihan dalam sektor logistik.



Hampir 600 daripada mereka mendapat peluang pekerjaan, dengan lebih 40 peratus daripadanya merupakan pekerja lebih berusia.



Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata syarikat dalam industri logistik juga terbuka menerima individu yang sedang mencari pekerjaan namun mempunyai pengalaman kerja daripada sektor lain.



Bercakap dengan media selepas melawat gudang syarikat logistik Jerman DB Schenker, The Red Lion, di Changi semalam, Cik Teo berkata syarikat logistik mempunyai pelbagai jenis pelanggan.



"Apabila mereka mengambil pekerja daripada pelbagai industri berbeza, mereka sebenarnya dapat meraih lebih banyak titik hubungan dengan klien mereka.



"Mereka dapat lebih memahami keperluan klien mereka dan dengan itu, dapat menimbangkan bagaimana untuk mengemas kini produk dan khidmat mereka untuk memenuhi keperluan klien," ujarnya.



Cik Teo berkata kesan pandemik Covid-19 pada syarikat dalam sektor logistik berbeza.



Syarikat yang mempunyai pelanggan dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa terjejas dek kargo udara yang berkurang.



Sementara itu, syarikat dengan pelanggan dalam sektor e-dagang dan penjagaan kesihatan pula menikmati permintaan lebih tinggi dan mereka terus mengambil lebih ramai pekerja.



Menurut Cik Teo, sektor logistik mengambil 380 pekerja daripada syarikat dalam sektor yang terjejas teruk dek Covid-19 seperti penerbangan. ERVINA MOHD JAMIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >