Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih 5j penumpang lalui Lapangan Terbang Changi pada Jun

Kali pertama sejak Jan 2020
Jul 20, 2023 | 04:29 PM



Seramai 5.12 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi pada Jun, kali pertama jumlah penumpang mencapai lebih 5 juta sejak pandemik Covid-19 bermula pada Januari 2020.

Terdapat 27,500 penerbangan – 88 peratus daripada jumlah penerbangan pada Jun 2019 – yang berlepas dari atau mendarat di lapangan terbang, menurut angka terkini oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) pada Khamis.

Menerusi laman Facebook beliau, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, mengucapkan tahniah kepada rakan kerja perikatan tiga pihak dan masyarakat penerbangan atas pencapaian penting itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan yang telah bekerja keras di Changi atas sumbangan dan khidmat berdedikasi mereka.

“Saya harap kemajuan ini akan berterusan bagi separuh kedua 2023 dan semoga sektor penerbangan dapat terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi!” kata Encik Chee.

Antara April dengan Jun 2023, 14.6 juta penumpang melalui lapangan terbang itu. Ini merupakan 87 peratus daripada jumlah penumpang bagi tempoh yang sama pada 2019.

Pada suku kedua 2023, 81,400 penerbangan, atau hampir 90 peratus daripada jumlah penerbangan dalam tempoh yang sama pada 2019, mendarat atau berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Lima pasaran penumpang tertinggi bagi lapangan terbang itu buat suku kedua 2023 ialah Australia, India, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

CAG menyatakan bahawa penumpang yang menuju ke dan dari Asia Timur Laut terus menunjukkan peningkatan yang stabil, meningkat daripada kira-kira 50 peratus sebelum Covid-19 pada Januari 2023 kepada 75 peratus menjelang Jun 2023.

Usaha Lapangan Terbang Changi untuk menarik lebih ramai penumpang dan membangun semula jangkauannya telah membawa kepada laluan baru seperti penerbangan terus ke Bhubaneswar, sebuah bandar di timur India, dua kali seminggu menerusi syarikat penerbangan tambang rendah India, IndiGo, yang memulakan penerbangan pada 3 Jun.

Pada Jun, Air Canada juga mengumumkan penyambungan semula khidmat penerbangan Vancouver-Singapura mulai April 2024, selepas lebih tiga dekad syarikat penerbangan itu beroperasi di Changi.

Ini menjadikannya satu-satunya perkhidmatan tanpa henti yang menghubungkan Canada dengan Singapura.

Pada kemuncaknya pada 2019, Lapangan Terbang Changi mempunyai lebih 7,400 penerbangan seminggu yang menghubungkannya dengan lebih 170 bandar di seluruh dunia.

Namun kini, ketersambungan kian pulih secara perlahan selepas hampir tiga tahun terjejas dek pandemik Covid-19.

Hingga 1 Julai, sebanyak 99 syarikat penerbangan mengendalikan lebih 6,300 penerbangan setiap minggu di Lapangan Terbang Changi, menghubungkan Singapura dengan 148 bandar.

Naib Presiden Eksekutif Hab Udara dan Pembangunan Kargo CAG, Encik Lim Ching Kiat, berkata Lapangan Terbang Changi terus menikmati pertumbuhan penumpang secara stabil, dengan pergerakan penumpang semakin hampir kepada 90 peratus daripada paras pada 2019 menjelang hujung suku kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >