Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Air Canada mula penerbangan langsung S’pura-Vancouver Apr 2024

Jun 15, 2023 | 5:52 PM
AIR CANADA: Gambar fail pemandangan di lapangan terbang antarabangsa Vancouver, Canada dengan pesawat Air Canada.
AIR CANADA: Gambar fail pemandangan di lapangan terbang antarabangsa Vancouver, Canada dengan pesawat Air Canada. - Foto REUTERS

PELAWAT yang ingin ke Vancouver, boleh menggunakan penerbangan langsung dengan pesawat Air Canada, mulai 3 April 2024.

Penerbangan langsung ini akan beroperasi empat kali seminggu, dengan pesawat Boeing 787 Dreamliner. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang, langsung dengan syarikat penerbangan itu dan ejen pelancongan.

Ini adalah satu-satunya perkhidmatan penerbangan langsung menghubungkan Canada dan Singapura, kata Changi Airport Group (CAG) dan Air Canada, pada Rabu.

“Kami gembira untuk mengalu-alukan Air Canada apabila ia kembali memulihkan penerbangan ke Lapangan Terbang Changi yang amat dinantikan selepas lebih tiga dekad,” kata Encik Lim Ching Kiat, naib presiden eksekutif, pembangunan hab udara dan kargo CAG.

Pada awal 2023, syarikat Singapore Airlines (SIA) berkata bahawa ia akan menghentikan penerbangan langsung antara Singapura dengan Vancouver mulai Oktober. Jadual penerbangan itu mula diperkenalkan pada Jun 2022.

SIA memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ia telah menyesuaikan kapasiti bagi memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan di pelbagai pasaran.

“Pemulihan perkhidmatan Vancouver-Singapura ini memperkukuh ketersambungan antara Canada dengan Asia, dan akan memudahkan pertumbuhan bagi pelawat perniagaan dan pelancongan, kata Encik Lim.

Beliau menambah penerbangan langsung antara Canada dengan Singapura itu jelas menggambarkan pemulihan keadaan, dengan laluan penumpang melebihi 80 peratus daripada sebelum Covid-19, dalam suku pertama 2023.

Ujar beliau: “Kami gembira dengan pemulihan perkongsian dengan Air Canada dan berharap dapat memberi keselesaan kepada pengunjung dari Singapura dan Asia Tenggara, menggunakan penerbangan langsung ke Vancouver dan seterusnya ke destinasi popular yang lain di Amerika Utara seperti Toronto, Chicago dan Washington.”

Encik Mark Galardo, naib presiden eksekutif Air Canada bagi perancangan pendapatan dan rangkaian, berkata: “Air Canada akan terus menyesuaikan strategi rangkaian antarabangsa, bagi memenuhi trend perubahan global dan meluaskan kehadirannya di rantau Indo-Pasifik, bagi memanfaatkan pertumbuhan perniagaan dan perubahan demografi Canada.

“Jadual penerbangan terbaharu kami ini akan dihargai oleh pengembara perniagaan antarabangsa, serta mereka yang ingin melancong ke destinasi menarik, atau mahu mengunjungi rakan-rakan dan keluarga.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg