Premium
Lega CBD sudah sibuk semula
Jun 25, 2020 | 5:30 AM
NAFAS LEGA: Dengan keadaan kini semakin pulih dan ramai mula pulang ke pejabat, Cik Rabiah gembira dapat terus menyambut pelanggan biasanya. - Foto ihsan RABIAH DAWI -
BAGI perniagaan yang beroperasi di kawasan Pusat Kawasan Bandar (CBD), beberapa bulan ini amat mencabar kerana mereka bergantung kepada pekerja di bangunan pejabat untuk menjamu selera atau membawa pulang makanan dari kedai mereka.
Sejak beroperasi seperti biasa semasa Fasa Kedua yang bermula Jumaat lalu, pemilik kedai makan Nusantara Cuisine, Cik Rabiah Dawi, kini dapat melepaskan nafas lega apabila pelanggan kembali makan di kedainya.

