Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LinkedIn buang lagi 668 pekerja

Oct 17, 2023 | 5:04 PM
LEBIH RAMAI DIBUANG KERJA: LinkedIn akan buang 668 pekerja dalam pusingan kedua pemberhentian kerjanya, melibatkan pasukan kejuruteraan, bakat dan kewangan.
LEBIH RAMAI DIBUANG KERJA: LinkedIn akan buang 668 pekerja dalam pusingan kedua pemberhentian kerjanya, melibatkan pasukan kejuruteraan, bakat dan kewangan. - Foto AFP

BANGALORE: Syarikat rangkaian media sosial LinkedIn akan memberhentikan 668 pekerja, melibatkan pasukan kejuruteraan, bakat dan kewangannya.

Ini merupakan pusingan kedua pemberhentian kerja pada tahun ini bagi rangkaian media sosial untuk profesional itu, sedang permintaan semakin perlahan bagi pengambilan pekerja baru, kata LinkedIn.

Pemberhentian kerja itu, yang menjejas lebih 3 peratus daripada 20,000 kakitangannya, menambah puluhan ribu kepada jumlah mereka yang hilang pekerjaan tahun ini dalam sektor teknologi di tengah-tengah prospek ekonomi yang tidak menentu, lapor The Straits Times.

Sektor teknologi telah memberhentikan 141,516 pekerja pada separuh pertama tahun ini berbanding kira-kira 6,000 setahun lalu, menurut firma pekerjaan Challenger, Gray & Christmas.

LinkedIn, yang dimiliki Microsoft, menjana pendapatan melalui jualan iklan dan dengan mengenakan bayaran langganan ke atas profesional perekrutan dan penjualan yang menggunakan rangkaian itu untuk mencari calon pekerja yang sesuai.

Pada Mei lalu, LinkedIn memutuskan untuk memberhentikan 716 pekerjaan yang menjejas pasukan penjualan, operasi dan sokongan dalam usaha menyelaras operasi syarikat dan menyingkir lapisan pekerjaan agar keputusan dapat dibuat dengan lebih cepat. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg