Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mahathir saran tambat ringgit

Nov 02, 2023 | 05:08 PM



Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata negara itu harus mempertimbang menambat ringgit yang sedang menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat.

Saranan beliau itu mengulangi dasar yang diperkenalkannya semasa krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an, lapor The Straits Times.


“Ia sesuatu yang perlu dipertimbangkan,” kata Dr Mahathir, yang kini berusia 98 tahun, dalam satu wawancara pada Rabu di pejabatnya di ibu kota pentadbiran Putrajaya.

Mata wang ringgit mencatat prestasi terburuk di Asia yang sedang pesat membangun pada 2023, setelah merosot hampir 8 peratus berbanding dolar Amerika.

Ia merosot kepada hampir RM4.8 bagi sedolar Amerika pada Oktober, paras paling lemah sejak Januari 1998, semasa kemuncak krisis yang melanda pasaran kewangan Asia selama beberapa tahun.

Ringgit mungkin turun 5 peratus lagi ke paras terendah RM5 bagi sedolar Amerika, kata beliau.

“Bayangkan apa maknanya kepada kos sara hidup anda,” katanya sambil menambah bahawa usaha menambat ringgit akan membantu mengurangkan tekanan harga.

Aset Malaysia telah merosot pada 2023, sedang kadar faedah Amerika yang melonjak telah menarik keluar dana daripada Malaysia kepada ekonomi terbesar dunia itu.

Bank Negara Malaysia telah mengekalkan kadar faedah utamanya pada 3 peratus sejak Julai – pada nilai diskaun berbanding penanda aras oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika.

Pada masa sama, pertumbuhan pesat di China, yang merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia, turut menjejas eksport Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >