Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS dijangka tidak longgarkan dasar kewangan pada Apr

Apr 08, 2024 | 02:52 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dijangka mengekalkan dasarnya dalam semakan dasar kewangan seterusnya, menurut beberapa pakar ekonomi.

Sebilangan mereka percaya dasar kewangan di sini mungkin mula dilonggarkan menjelang Julai. Semakan oleh bank pusat itu dijangka diadakan minggu ini, menurut laporan The Business Times (BT).


“Dasar kewangan tersebut tidak perlu dilonggarkan secara tergesa-gesa pada ketika ini, memandangkan pemulihan ekonomi yang didorong eksport dan inflasi yang masih tinggi,” kata pakar ekonomi Maybank, Dr Chua Hak Bin dan Encik Brian Lee.

Mereka menjelaskan bahawa MAS mungkin berpandangan bahawa tetapan kewangan ketika ini adalah “sesuai” untuk menyebabkan inflasi teras, tidak termasuk penginapan dan pengangkutan swasta, turun kepada 2 peratus menjelang awal 2025.

Indeks Harga Pengguna (CPI) pada Februari naik semula tanpa dijangka dengan kedua-dua inflasi keseluruhan dan inflasi teras meningkat setengah mata peratusan, berbanding Februari 2023.

MAS tidak mengubah dasar kewangannya selama setahun, sejak langkah mengetatkan dasar kewangan sebanyak lima kali dalam tempoh setahun mulai Oktober 2021.

Pakar strategi OCBC FX, Encik Christopher Wong, berkata inflasi lebih tinggi pada Februari mencerminkan kesan perbelanjaan perayaan Tahun Baru Cina.

Pembuat dasar juga menjangka inflasi teras meningkat pada suku ini.

“Ini seharusnya meredakan perbualan pasaran bahawa MAS mungkin melonggarkan (dasar kewangan) tidak lama lagi,” ujar beliau.

Pakar Ekonomi Citi, Encik Kit Wei Zheng, pula berkata jurang keluaran negatif yang berterusan pada separuh pertama 2024, penyejukan pasaran tenaga pekerja, dan inflasi teras yang menyederhana secara beransur-ansur, menjadi sebab MAS masih mengekalkan dasar kewangannya.

Beberapa pakar ekonomi meneliti rekod sejarah untuk mendapat petunjuk mengenai tindakan MAS yang dijangka mengeluarkan penyata dasar kewangan (MPS) pada April.

Encik Wong berkata MAS tidak tergesa-gesa melonggarkan dasar kewangan selepas inflasi memuncak dalam kitaran sebelum ini pada 2010-an.

Beliau menambah bahawa MAS mengekalkan dasar kewangan ketat buat sekian lama, dan hanya melonggarkan dasar tersebut dalam satu mesyuarat pada Januari 2015, apabila keadaan pertumbuhan ekonomi bertambah buruk dan prospek inflasi berubah dengan ketara.

DBS Group Research pula menjangkakan inflasi teras akan reda, di tengah-tengah kesan kenaikan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang semakin berkurangan, kos tenaga pekerja domestik yang menyederhana, dan inflasi import yang terkawal.

Ia meramalkan inflasi teras mencapai 3.1 peratus pada 2024. GST naik satu mata peratusan kepada 9 peratus pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >