Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Inflasi teras S’pura naik kepada 3.6% pada Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi teras S’pura naik kepada 3.6% pada Feb

Mar 25, 2024 | 06:43 PM



Harga pengguna pada Februari meningkat lebih daripada jangkaan, berikutan inflasi lebih tinggi bagi perkhidmatan dan makanan, yang sebahagiannya dikaitkan dengan perbelanjaan perayaan Tahun Baru Cina.

Data rasmi yang dikeluarkan pada 25 Mac menunjukkan bahawa inflasi teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan swasta dan penginapan untuk mencerminkan perbelanjaan isi rumah di sini dengan lebih baik, naik kepada 3.6 peratus pada Februari berbanding bulan sama pada 2023, dan meningkat daripada 3.1 peratus pada Januari.

Ini merupakan inflasi teras tertinggi sejak Julai 2023, menurut The Straits Times (ST).


Inflasi keseluruhan juga melonjak kepada 3.4 peratus pada Februari, daripada 2.9 peratus pada Januari, disebabkan inflasi penginapan yang meningkat.

Memandangkan Tahun Baru Cina jatuh pada Februari pada 2024, tetapi pada Januari pada 2023, inflasi tahun ke tahun pada Februari dirangsang faktor musiman yang dikaitkan dengan perayaan tersebut.

Namun, menurut laporan bersama Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kenaikan harga teras dan keseluruhan pengguna pada Februari melebihi ramalan penganalisis.

Tinjauan Reuters melibatkan beberapa pakar ekonomi meramalkan inflasi teras mencapai 3.4 peratus dan inflasi keseluruhan mencecah 3.3 peratus.


Pakar ekonomi kanan Oxford Economics, Encik Alex Holmes, berkata kenaikan tersebut jauh lebih tinggi daripada jangkaan, namun menyatakan bahawa terdapat beberapa kaveat kepada trend tersebut.

“Kebanyakan kenaikan itu nampaknya bermusim, mungkin berkaitan peralihan masa perayaan Tahun Baru Cina. Siri indeks harga pengguna (CPI) Jabatan Statistik Singapura (SDS) yang diselaraskan secara musiman, menunjukkan kenaikan bulan ke bulan yang lebih sederhana untuk kedua-dua inflasi keseluruhan (naik 0.04 peratus) dan CPI teras (naik 0.3 peratus),” katanya.

Ketua pakar ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling, berkata walaupun beberapa kesan sementara berkaitan Tahun Baru Cina akan pudar, penentu utama inflasi pada masa depan adalah keadaan pasaran tenaga kerja domestik dan inflasi perkhidmatan.

“Menariknya, inflasi berkaitan layanan pelanggan dan hiburan mungkin tidak turun dengan ketara pada Mac, disebabkan peningkatan jumlah ketibaan pelawat antarabangsa yang menghadiri konsert Taylor Swift,” jelas beliau.

Inflasi perkhidmatan meningkat kepada 4.2 peratus, pada umumnya disebabkan tambang penerbangan lebih tinggi dan peningkatan lebih curam dalam perbelanjaan percutian, manakala inflasi makanan naik kepada 3.8 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >