Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS usul tambah perlindungan insurans simpanan bank daripada $75,000 kepada $100,000

Jun 27, 2023 | 09:30 PM



Singapura merancang untuk menambah perlindungan bagi penyimpan wang jumlah kecil jika bank tidak dapat mengembalikan wang itu.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin mengumumkan ia telah menerbitkan kertas perundingan awam berhubung usulan menambah perlindungan insurans deposit (DI) bagi setiap penyimpan wang, atau depositor, daripada $75,000 kepada $100,000.

Bank pusat itu juga memohon pandangan untuk mempertingkat keberkesanan operasi dan pemahaman ke atas skim DI itu.

MAS berkata: “Peningkatan yang diusulkan itu akan memasikan majoriti besar penyimpan wang lebih kecil terus diberi perlindungan sepenuhnya, selaras dengan pertumbuhan wang simpanan purata.”

Perubahan yang diusulkan itu akan menyebabkan 91 peratus semua penyimpan wang dilindungi DI sepenuhnya dan memastikan skim insurans terus memenuhi matlamat utama iaitu melindungi penyimpan wang kecil jika bank gagal, kata MAS lagi.

Had perlindungan itu kali terakhir dinaikkan pada 2019, daripada $50,000 kepada $75,000 bagi setiap penyimpan wang. 

MAS berkata perlindungan DI lebih tinggi mengimbangi antara keperluan mendapatkan perlindungan bertambah bagi penyimpan wang dan menguruskan kos perlindungan itu, yang jika terlalu tinggi akan disalurkan kepada pelanggan. 

Demi mempertingkat keberkesanan operasi skim DI, MAS mengusulkan supaya ia diberi kuasa untuk menentukan tempoh saat wang simpanan diputuskan sebagai jumlah muktamad, demi menambah pemahaman bagaimana pampasan DI ditentukan.

Ia juga mengusul had masa diperkenalkan bagi tuntutan pampasan DI, untuk menentukan kos pentadbiran kekal rendah, memandangkan kemungkinan tuntutan dibuat berkurangan mengikut peredaran masa.

Timbalan pengarah urusan jabatan penyeliaan kewangan di MAS, Cik Ho Hern Shin berkata usulah itu bukan satu respons terhadap tekanan yang dihadapi sebahagian bank di luar negara pada awal tahun ini.

Beberapa bank saiz pertengahan di Amerika Syarikat tidak dapat meneruskan operasi pada Mac, mencetus harga saham bank sedunia menjunam dan mengundang respons pantas dari penguasa bank sedunia demi menyebabkan keadaan itu menular ke tempat-tempat lain.

Pada bulan yang sama, bank yang berpangkalan di Switzerland, Credit Suisse runtuh dan ia dibeli oleh bank UBS dalam satu perjanjian yang ditentukan oleh pemerintah. 

“Kunci untuk memastikan sistem bank yang selamat dan berdaya tahan ialah melalui langkah pencegahan awal, yang bermakna tindakan penguasaan berkesan dan penyeliaan rapi oleh MAS, selain usaha pengawalan dan risiko urusan yang berkesan bagi pihak bank,” kata Cik Ho. 

Menambah, beliau berkata peruntukan DI membina keyakinan penyimpan wang kecil dan bukan bertujuan menggantikan sikap urusan risikko dan penyeliaan yang berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >