Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Maybank mahu jadikan S’pura hab pengurusan kekayaan Islam

Bank umum akan labur $1.3b bagi keupayaan teknologi dan bakat; sasar pembiayaan mampan RM80b jelang 2025
Jun 21, 2023 | 12:47 PM



Maybank akan melabur RM4.5 bilion ($1.3 bilion) sepanjang lima tahun ini bagi mempercepat pembangunan keupayaan baru dalam teknologi dan bakat, termasuk platform digital serantau, yang berasaskan kepentingan pelanggan dan kemampanan.

Pada masa sama, ia akan menyokong pelanggan dalam peralihan mereka kepada sifar bersih, dengan menyasar pembiayaan mampan hingga RM80 bilion menjelang 2025.

Ini diumum oleh Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, semasa sidang media di persidangan Invest Asean 2023 di Fullerton Hotel pada Selasa.


“Antara 2021 hingga akhir Mac 2023, Maybank telah menggerakkan RM38.8 bilion bagi pembiayaan mampan. Kami sedang dalam perjalanan yang baik untuk mencapai sasaran kami,” kata beliau.

Persidangan ke-10 itu bertujuan menarik pelabur, individu bernilai bersih tinggi dan pejabat keluarga untuk meneroka peluang dalam ekonomi Asean yang semakin meningkat, inovasi korporat, trend peruntukan modal, pengurusan kekayaan Islam (IWM), perindustrian hijau dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Maybank, ia sudah bekerjasama dengan pelanggan utamanya untuk menyokong perjalanan penyahkarbonan mereka.

“Kami melihat peluang Asean yang jelas dalam peralihan industri ini kerana ia adalah pemacu utama ekonomi rantau ini. Pembentukan semula perniagaan mereka akan mempunyai implikasi meluas – pekerjaan baru, ekonomi lebih hijau dan laluan peralihan adil, ke arah mewujudkan sebuah masyarakat saksama,” kata Datuk Khairussaleh.

Mengenai bagaimana Maybank merancang menarik lebih ramai pelabur bernilai bersih tinggi ke Singapura, CEO Maybank Singapore, Dr John Lee Hin Hock, berkata Singapura dalam kedudukan baik untuk menarik pelaburan memandangkan keupayaannya untuk menggerakkan modal.

“Dengan idea pelaburan semakin khusus, seperti keselamatan makanan dan penyahkarbonan, Maybank dapat memanfaatkan keupayaan Singapura menggerakkan modal dan memanfaatkan kekuatan Maybank untuk menarik, menyatukan dan memadankan pelaburan yang sesuai,” katanya.

Selain itu, Maybank merancang menjadikan Singapura hab IWM untuk mendapatkan aliran pengurusan kekayaan rentas sempadan.

Maybank bank Islam kelima terbesar di peringkat global mengikut aset, dan telah lama diiktiraf sebagai peneraju dan perintis pemikiran kewangan Islam. Ia juga dipilih sebagai bank Islam terbaik di Asia Pasifik sejak sembilan tahun lalu.

“Singapura ialah pusat kewangan utama bagi pengantaraan aliran modal, dan semakin dilihat sebagai hab pembiayaan hijau Asean, menyumbang lebih 50 peratus kepada aktiviti pembiayaan hijau di rantau ini.

“Memandangkan trend ini, kami berada dalam kedudukan baik untuk mengembangkan perniagaan IWM kami yang mengintegrasikan kedua-dua prinsip pelaburan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) dan Syariah,” kata Dr Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >