Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MBS dapat kelulusan URA bina menara keempat

Jan 29, 2024 | 06:57 PM



Marina Bay Sands (MBS) telah mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk membina menara keempat, membuka laluan bagi syarikat itu melaksanakan rancangan peluasan resort bersepadu (IR) tersebut.

Menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi projek komersial yang mendapat kelulusan pembangunan pada hujung suku keempat 2023, MBS diberi “lampu hijau” untuk satu pembangunan hotel dan runcit bersebelahan tiga menara MBS ketika ini, di atas kawasan tanah lapang antara Bayfront Avenue, Sheares Avenue dengan Sheares Link.

Data URA, yang dikeluarkan pada 26 Januari, menunjukkan bahawa menara baru itu akan mempunyai ruang hotel seluas 153,100 meter persegi yang menawarkan 587 bilik hotel dan ruang runcit seluas 12,185 meter persegi, lapor The Straits Times (ST).


Pada April 2019, MBS mengumumkan menara keempat itu bakal menawarkan 1,000 bilik hotel lebih mewah.

MBS enggan mengulas mengenai perbezaan dalam bilangan bilik hotel itu.

Resort bersepadu itu, yang dibuka pada April 2010, kini mempunyai keluasan lantai kasar (GFA) 581,400 meter persegi, termasuk sekitar 1,850 bilik dan bilik mewah, di samping sekitar 74,000 meter persegi ruang runcit dan makan.

Pada 24 Januari lalu, syarikat induk MBS, Las Vegas Sands (LVS), berkata dalam pembentangan pendapatannya bagi suku keempat 2023 bahawa “belanjawan dan masa peluasan MBS tertakluk kepada semakan berdasarkan kesan pandemik Covid-19 dan faktor lain”.

LVS menambah, kos projek itu dijangka melebihi anggaran awal AS$3.3 bilion ($4.5 bilion), termasuk harga tanah, yang dibuat pada 2019, disebabkan “inflasi, kesan pandemik Covid-19, kos tenaga pekerja dan bahan lebih tinggi serta faktor lain”.

Kerja reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan program bagi menara keempat itu “masih berterusan, dengan tumpuan untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan riadah dan perniagaan Singapura dan MBS”, kata LVS.

Pada Mac 2023, satu laporan menyatakan MBS diberi tempoh sehingga 8 April 2024 untuk memulakan pembinaan bagi projek peluasan itu - lanjutan kedua untuk MBS memulakan pelan peluasan itu di bawah perjanjian pembangunan yang ditandatangani LVS dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada April 2019.

MBS kini mempunyai masa sehingga 8 April 2028 untuk menyiapkan pembinaan menara keempat itu, di atas tanah yang dipajaknya sehingga Ogos 2066.

Menara itu merangkumi bilik hotel, yang kesemuanya jenis bilik lebih mewah, di samping arena persembahan langsung yang boleh memuatkan 15,000 penonton, ruang tambahan bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice), dan tawaran kedai runcit mewah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >