Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menabung biar sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Jun 14, 2024 | 3:53 PM
Golongan pekerja muda sepatutnya mula menabung selepas mendapat pekerjaan dan jumlah yang perlu disimpan tidak perlu besar. Yang penting berdikit-dikit tetapi bakal memberi kebahagiaan apabila mereka bersara kelak.
Golongan pekerja muda sepatutnya mula menabung selepas mendapat pekerjaan dan jumlah yang perlu disimpan tidak perlu besar. Yang penting berdikit-dikit tetapi bakal memberi kebahagiaan apabila mereka bersara kelak. - Foto ST

Pada usia 20-an tahun, persaraan kelihatan masih jauh, mungkin berpuluh-puluh tahun lagi.

Lalu, mengapakah perlu anda menyimpan duit dengan begitu banyak untuk masa depan, sedangkan setiap dolar diperlukan sekarang?

Simpan untuk apa sahaja perkara, walaupun anda rasa mustahil.

Menurut laporan agensi berita, bermula awal untuk bersara adalah bijak. Masa akan menyebelahi anda. Jika anda mengetepikan apa yang boleh sekarang, anda akan mula memperoleh faedah demi faedah, melakukan lebih banyak dari masa ke masa.

Dalam erti kata lain, menabung awal mungkin menyebabkan anda terpaksa menyimpan lebih sedikit dalam jangka panjang, sedang anda menyesuaikan diri dengan tuntutan lain yang timbul dan tidak dapat dielakkan. Mungkin tuntutan itu adalah bagi keperluan anak-anak atau menjaga ibu bapa yang semakin tua.

Dan tiada sesiapa yang mahu bekerja selama-lamanya. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih cepat anda boleh berhenti bekerja dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk perkara yang bermakna dalam hidup anda.

Cara paling mudah untuk menabung ialah secara automasi – wang disimpan secara automatik dan anda tidak perlu melakukan apa-apa. Ini adalah matlamat kewangan yang menyeronokkan.

Ia akan memperkasa dan akan membawa anda lebih dekat dengan perkara yang menjadikan anda lebih bahagia dan lebih terjamin dari segi kewangan. Namun, ia mengambil sedikit masa dan menuntut kesabaran.

Sebelum anda mula, anda perlu memikirkan berapa banyak yang anda perlu ketepikan untuk menabung.

Berurusan dengan hutang

Sebelum anda mula menyimpan, pastikan anda mempunyai rancangan untuk melunaskan sebarang hutang berkos tinggi, seperti hutang kad kredit yang melibatkan kadar faedah (sekitar 22 peratus) jauh melebihi wang yang mungkin anda peroleh antara 7 dengan 8 peratus apabila melabur simpanan anda dalam pasaran saham dari masa ke masa.

Bersedia

Dapatkan salinan gaji bulanan anda atau semak deposit langsung anda untuk memahami gaji yang dibawa pulang. Bagi pekerja bebas, anda harus mengira purata pendapatan bulanan anda.

Kemudian catatkan semua perbelanjaan anda – pembayaran sewa rumah, semua insurans yang belum ditolak daripada cek gaji anda, utiliti, barangan runcit, kos pengangkutan, pembayaran kereta, telefon bimbit, pinjaman pendidikan dan sebarang hutang lain.

Berapakah yang tinggal? Tahniah! Anda masih mempunyai peluang untuk menyimpan duit. Mungkin anda boleh pertimbangkan lagi jika terdapat apa-apa yang anda boleh kurangkan dari segi perbelanjaan agar dapat lebihkan penjimatan?

Bina jaringan keselamatan kewangan

Membina jaringan keselamatan kewangan – dalam bentuk dana simpanan kecemasan – boleh membantu anda mengelak daripada terjerat hutang jika anda tiba-tiba kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kewangan, seperti menampung pembaikan kereta.

Perancang kewangan mencadangkan supaya menyimpan tiga hingga enam bulan perbelanjaan anda ke dalam akaun simpanan kecemasan (dalam talian dengan kadar faedah terbaik). Itu mungkin kelihatan seperti matlamat yang tinggi apabila anda hidup dengan gaji permulaan yang hampir tidak dapat menampung bil anda.

Mulakan dengan jumlah kecil seperti $50 hingga $83 sebulan. Ia akan membawa anda kepada $1,000 dalam setahun – dan meningkatkannya lagi jika anda mampu. Tetapkan pelan yang memotong jumlah itu daripada akaun semasa anda ke akaun simpanan anda secara automatik . Kemudian, jangan sesekali sentuh wang itu.

Simpanan untuk persaraan

Ramai orang yang mempunyai hutang pinjaman pendidikan sering tertanya-tanya sama ada mereka harus memberi tumpuan kepada membayar pinjaman tersebut sebelum menabung untuk persaraan. Jawapannya ringkas: Mungkin tidak. Jika anda menghadapi masalah membayar pinjaman pendidikan anda, lihat kembali pelan pembayaran balik berdasarkan pendapatan anda.

Pakar kewangan sering mengesyorkan menabung lebih banyak, sehingga 20 peratus, tetapi 10 peratus adalah permulaan yang baik dan pertimbangkan untuk naikkan satu peratus setiap tahun apabila anda mendapat kenaikan gaji.

Akaun persaraan merupakan yang tepat untuk golongan pekerja muda.

Selain persaraan, anda pasti mempunyai matlamat simpanan yang lain. Mungkin anda sedang menabung untuk membeli kereta, mengadakan majlis perkahwinan atau sebagainya.

Memandangkan matlamat ini mempunyai jangka masa yang lebih pendek daripada persaraan, atau sesuatu yang anda perlu akses dalam tempoh tiga tahun atau kurang, anda perlu mengambil risiko lebih sedikit dengan wang ini.

Strategi paling mudah adalah dengan memindahkan wang secara automatik ke dalam akaun simpanan dalam talian dengan faedah tinggi setiap bulan. Dengan matlamat jangka pendek, jumlah yang anda simpan adalah jauh lebih penting daripada pulangan anda.

Walaupun anda tidak mempunyai jumlah yang besar untuk disimpan sekarang, menyediakan infrastruktur untuk menabung adalah bahagian yang paling sukar – dan apabila pendapatan anda meningkat, ia akan menjadi lebih mudah untuk menabung dan melabur dengan lebih banyak lagi.

Simpan untuk apa sahaja perkara, walaupun anda rasa mustahil. Bermula awal untuk bersara adalah bijak. Masa akan menyebelahi anda. Jika anda mengetepikan apa yang boleh sekarang, anda akan mula memperoleh faedah demi faedah, melakukan lebih banyak dari masa ke masa.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg