Sesetengah pihak mengusulkan dasar gaji minimum nasional bagi memastikan setiap warga meraih gaji minimum yang berpatutan, tanpa mengira pekerjaan mereka. Namun dalam konteks Singapura, model tangga gaji yang digunakan ialah Model Gaji Progresif (PWM). Model tangga gaji ini menetapkan pendapatan minimum dan tuntutan latihan bagi pekerja di peringkat kemahiran yang berbeza-beza mengikut sektor, serta menggalak pekerja terus meningkatkan kemahiran. Kedua-dua model gaji ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. BERITA HARIAN menyelami isu ini serta bagaimana ia lebih sesuai bagi pekerja, khususnya pekerja bergaji rendah.
ANTARA gaji minimum nasional dengan Model Gaji Progresif (PWM) - dua model gaji berbeza ini mungkin tampak ibarat langit dengan bumi.