Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Momentum mata wang digital bank pusat sedang berkembang: Kajian

Sep 17, 2024 | 5:02 PM
China telah menyaksikan transaksi menggunakan prototaip e-CNYnya meningkat hampir empat kali ganda kepada tujuh trilion yuan (S$1.3 bilion).
China telah menyaksikan transaksi menggunakan prototaip e-CNYnya meningkat hampir empat kali ganda kepada tujuh trilion yuan (S$1.3 bilion). - Foto AFP

Sebanyak 134 negara yang mewakili 98 peratus daripada ekonomi global kini meneroka versi digital mata wang mereka, dengan hampir separuh di peringkat lanjutan dan negara perintis seperti China, Bahamas dan Nigeria mula melihat peningkatan dalam penggunaannya.

Penyelidikan oleh badan pemikir Majlis Atlantik yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Selasa (17 September) menunjukkan bahawa semua negara Kumpulan 20 (G20) kini meneliti mata wang digital bank pusat (CBDC) – nama bagi kaedah pembayaran ini – dan sejumlah 44 negara sedang mengadakan projek perintis.

Jumlah itu satu peningkatan daripada 36 tahun lalu dan merupakan sebahagian daripada dorongan global oleh pihak-pihak berkuasa untuk bertindak balas terhadap penurunan penggunaan tunai dan ancaman kepada kuasa pencetakan wang mereka daripada mata wang seperti Bitcoin dan syarikat teknologi gergasi (Big Tech).

Encik Josh Lipsky dan Cik Ananya Kumar daripada Majlis Atlantik berkata, salah satu perkembangan paling ketara tahun ini ialah peningkatan besar dalam CBDC di Bahamas, Jamaica dan Nigeria, tiga sahaja negara yang telah melancarkannya, lapor The Business Times.

China juga, yang menjalankan skim perintis terbesar di dunia, telah menyaksikan transaksi menggunakan prototaip e-CNYnya meningkat hampir empat kali ganda kepada tujuh trilion yuan (S$1.3 bilion), menurut para pegawai.

“Terdapat naratif bahawa negara-negara yang telah melancarkan CBDC telah melihat penggunaan yang rendah atau tiada langsung, tetapi dalam beberapa bulan terakhir ini kami telah melihat peningkatan sebenar,” kata Encik Lipsky.

“Ramalan saya ialah PBOC (People’s Bank of China) akan menghampiri pelancaran penuh setahun dari sekarang,” tambahnya.

Kemajuan besar lain ialah pelancaran perintis euro digital berbilang tahun Bank Pusat Eropah dan Amerika Syarikat, yang telah lama berlengah-lengah dengan dolar digital, menyertai projek CBDC rentas sempadan dengan enam bank pusat utama yang lain.

Amerika masih ketinggalan jauh di belakang hampir setiap bank terkemuka lain namun Encik Lipsky menekankan bahawa ia adalah salah satu negara di mana kebimbangan tentang maklumat peribadi dan keprihatinan lain tentang CBDC paling lantang.

Sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan tindak balas sekatan Kumpulan Negara G7, projek CBDC ‘borong’ bank-ke-bank sahaja telah meningkat lebih dua kali ganda bilangannya kepada 13.

Yang paling pesat berkembang, dengan nama kod mBridge, menghubungkan CBDC dari China, Thailand, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong dan Arab Saudi dan dijangka berkembang ke lebih banyak negara tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg