Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MOU dimeterai sokong peruncit kecil pertingkat jualan dalam talian

Oct 12, 2023 | 04:01 PM



Peruncit kecil di Singapura tidak lama lagi boleh meraih manfaat dengan lebih banyak sokongan untuk merangsang keupayaan eksport dalam talian mereka.

Latihan, termasuk kursus dalam bahagian seperti amalan terbaik mencari produk, akan ditawarkan di bawah satu program baru yang bertujuan membantu usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) beroperasi di peringkat sama seperti jenama terkenal dan bagi mendapatkan pengiktirafan pelanggan global.

Amazon Global Selling Singapore dan Institut Pengajian Runcit Singapura Politeknik Nanyang (NYP-SIRS) bergabung untuk program tersebut yang juga akan memaparkan misi kajian dan bengkel untuk pembangunan produk.

Kededua pihak memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) pada Rabu bagi dengan tujuan melengkapkan sekitar 800 usahawan setempat dan SME dengan pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan perniagaan mereka di dalam talian dalam tempoh tiga tahun akan datang dan membantu mereka merebut peluang e-dagang rentas sempadan.

Syarikat gergasi e-dagang Amazon juga memperkenalkan pengecualian bayaran kepada penjual baru serantau di Sidang Puncak Jualan Global Amazon 2023 (Asia Tenggara) yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands, tempat pakatan tersebut dimeterai.

Penjual serupa itu yang berpangkalan di Singapura, Filipina, Thailand, Malaysia dan beberapa rantau Asia lain yang telah mendaftar untuk menjual di stor Amerika Utara akan membayar AS$1 ($1.36) bagi enam bulan pertama pada pelan jualan profesional Amazon, berbanding AS$39.99 sebulan.

Ketua Jualan Global, Asia Tenggara, Encik Anand Palit, berkata: “Gabungan ini menandakan titik penting dalam perjalanan berterusan kami untuk memperkasakan SME dan usahawan Singapura untuk berkembang maju di skala global.

“Kami mengiktiraf potensi besar di Asia Tenggara dan membayangkan satu masa depan di mana usaha bersama kami dengan rakan industri akan menjadi mangkin untuk komuniti usahawan serantau.”

“Bersama-sama, kami bukan sahaja akan mengemudi peluang dan kerumitan e-dagang rentas sempadan tetapi juga merintis penyelesaian inovatif yang mengekalkan jenama tempatan di barisan hadapan e-dagang rentas sempadan global.”

Pengetua dan ketua pegawai eksekutif Politeknik Nanyang, Encik Russell Chan, berkata: “Dengan mengetahui apa perniagaan tempatan mahu dan perlukan, kami boleh bekerjasama dengan Amazon Global Selling supaya kerjasama ini menghasilkan inisiatif sebenar, segera dan praktikal yang memanfaatkan kepakaran dan pandangan global Amazon serta pengalaman dan pengetahuan NYP-SIR dalam ruang runcit.

“Rantau ini pesat berkembang menjadi kuasa besar untuk pasaran rentas sempadan perniagaan kepada pelanggan – dan kerjasama ini bersedia memberi impak besar,” katanya lagi, merujuk kepada perniagaan yang menjual produk dan perkhidmatan secara langsung kepada pelanggan.

Di sidang puncak itu, Amazon Global Selling juga menggariskan keutamaan strategiknya bagi perniagaan di Asia Tenggara pada 2024. Ini termasuk memperkenalkan infrastruktur dan sumber global serta memperkukuh kerjasama keusahawanan dan industri tempatan.

Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, berkata di sidang kemuncak itu: “Perusahaan Singapura berada dalam kedudukan yang baik untuk menjual kepada pasaran global dan Amerika. EnterpriseSG telah bekerjasama dengan Amazon untuk membolehkan penjual Singapura berniaga di laman Amazon.com, yang penting bagi pasaran pelanggan Amerika Syarikat, dengan pendapatan e-dagang diramal meningkat kepada lebih AS$1.2 trilion setiap tahun menjelang 2025.

“Kekuatan syarikat tempatan kami dalam penjenamaan dan pemasaran akan membolehkan mereka menghasilkan tanggapan yang kuat kepada pelanggan Amerika Syarikat yang bijak.”

Cik Low menambah, “MOU ini akan membina keupayaan baru di kalangan SME kami – daripada memahami trend e-dagang dan tingkah laku beli-belah dalam talian kepada menggunakan alat dan ciri wadah baru untuk e-dagang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >