Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mulakan perjalanan pelaburan setapak demi setapak...

Oct 01, 2023 | 05:32 AM



Apabila saya mengorak langkah ke dunia pekerjaan pada usia 23 tahun, salah satu keputusan kewangan pertama yang saya lakukan ialah membeli insurans bertempoh.

Pelannya ringkas, tidak banyak syarat yang memeningkan dan paling penting, mampu.

Walau ia bukan instrumen pelaburan per se, saya anggap ia bukan sahaja satu perlindungan diri, malah cara untuk ‘melabur’ dalam diri saya.


Dan kalau ditanya ramai pakar kewangan, insurans juga tidak disifatkan sebagai wadah pelaburan tetapi merupakan perlindungan. 

Namun kalau difikir-fikirkan kembali, pada masa itu, wang yang ada pun belum cukup untuk melabur. 

Usah nak melabur, nak menabung pun kadangkala payah. 

Gaji permulaan pada masa itu boleh dikatakan rendah berbanding dengan lulusan hari ini, ditambah pula dengan tanggungjawab seperti menyumbang kepada ibu, seorang ibu tunggal yang tidak bekerja dan adik masih bersekolah. 

Jadi, saya buatlah apa yang termampu untuk diri sendiri pada masa itu. 

Tetapi, memang inilah realitinya bagi ramai individu atau keluarga.

Merancang kewangan yang melibatkan peruntukan untuk pelaburan setiap bulan bukan sesuatu yang mudah. 

Jika mahu disenaraikan perkara yang perlu dibayar atau hutang yang harus dilunaskan, saya fikir senarai itu tidak ada noktahnya. Apatah lagi dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Keupayaan untuk merancang kewangan juga bermakna seseorang itu perlu ada pengetahuan dan maklumat yang tepat serta mampu mengeluarkan belanja untuk mendapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah bagi memberi nasihat – sesuatu yang mungkin tidak dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat. 

Tidak keterlaluan untuk saya luahkan bahawa hakikatnya, usaha merancang pelaburan lebih mudah bagi golongan yang berkemampuan. 

Pada masa yang sama, kita harus berikhtiar untuk memulakan usaha ini. 

Susah atau senang, pahit atau manis pada peringkat permulaan, hasilnya akan dinikmati oleh kita dan orang tersayang kelak. 

Meskipun tidak sebesar mana pelaburan saya sejauh ini, saya telah memulakan perjalanan kewangan saya dengan cara yang cukup sederhana – menerusi pembelian insurans bertempoh (yang masih dipegang hari ini), yang bernilai kurang $40 sebulan. 

Harapan saya, seandainya ditimpa kecederaan atau musibah, dapatlah sedikit jaminan wang; atau jika saya berpemergian, maka orang yang ditinggalkan boleh meraih pendapatan.

Bagi yang belum terfikir tentang perjalanan ini, saya yakin anda boleh memulakannya dengan langkah kecil seperti saya demi mencapai masa depan yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >