Topic followed successfully
Go to BHkuUrus niaga rumah kedai Kampong Gelam merosot 60%, tiga perempat libatkan pembeli setempat
Urus niaga rumah kedai Kampong Gelam merosot 60%, tiga perempat libatkan pembeli setempat
URA dedahkan data bagi sangkal gambaran kenaikan harga hartanah dan kesan terhadap kelangsungan perniagaan warisan disebabkan pembeli asing
Apr 7, 2026 | 8:28 AM
Urus niaga rumah kedai Kampong Gelam merosot 60%, tiga perempat libatkan pembeli setempat
Kampong Gelam terkenal dengan deretan rumah kedai yang dipelihara sebagai sebahagian daripada daerah warisan negara. - Foto fail
Urus niaga rumah kedai di Kampong Gelam merosot sekitar 60 peratus - daripada purata 15 urus niaga setahun antara 2020 hingga 2022 kepada hanya enam setahun bagi tempoh 2023 hingga 2025.
Di Haji Lane pula, tiada sebarang transaksi dicatatkan antara 2023 hingga 2025, berbanding purata tiga transaksi setahun dalam tempoh sebelumnya pada 2020 hingga 2022.
Laporan berkaitan
DPPMS sasar 60 perniagaan warisan dibantu laksana AIApr 2, 2026 | 3:37 PM
NHB perkenal daftar dalam talian promosi perniagaan warisan S’puraMar 23, 2026 | 2:46 PM

