Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Temasek antara terunggul urus beberapa dana kendaliannya

Jun 30, 2023 | 02:27 PM



Syarikat pelaburan Singapura, Temasek, muncul di tangga teratas pada senarai tadbir urus, kemampanan dan daya tahan (GSR) yang diterbitkan oleh Global SWF – sebuah platform data yang memberi tumpuan pada dana pencen dan dana kekayaan negara (dana pelaburan milik pemerintah).


Ia menyertai empat pelabur global lain di tempat teratas, dengan kesemua mereka mendapat markah penuh berdasarkan senarai GSR.

Temasek mempunyai paling banyak aset di bawah pengurusan iaitu AS$298 bilion ($404 bilion), lapor The Straits Times.


Di tempat kedua adalah CDPQ, salah satu dana pencen terbesar di Canada, diikuti oleh dana kekayaan negara New Zealand NZ Super dan Pihak Berkuasa Pelaburan Negara Nigeria, yang menguruskan dana kekayaan negara Nigeria.

Di peringkat serantau, Dana Pencen Kerajaan Thailand berada dekat di belakang gred sempurna Temasek, dengan 96 peratus pada kad skor GSR.

Ia disusuli Dana Pelaburan Pencen Kerajaan Jepun, bersama Perbadanan Pelaburan Korea dan Perkhidmatan Pencen Kebangsaan Korea Selatan. Ketetiga mendapat markah 92 peratus.

Skor purata pelabur Asia berdasarkan metrik GSR meningkat kepada 55 peratus pada 2023, berbanding 47 peratus pada 2020.

Global SWF berkata perubahan itu lebih ketara dalam aspek tadbir urus, dengan beberapa dana Asia menjadi lebih telus dan melibatkan pihak berkepentingan.

Beberapa dana Asia yang dijejaki syarikat itu juga menunjukkan peningkatan dalam aspek kemampanan, setelah menerbitkan laporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus tahunan pertama mereka.

Global SWF berkata ia telah memerhatikan peningkatan ketara dalam skor GSR secara menyeluruh sejak dilancarkan pada 2020.

Peningkatan paling ketara adalah dalam kalangan dana kekayaan negara, yang mengejar dengan cepat dengan dana pencen.

SWF Global menambah bahawa terdapat juga penambahbaikan di sekitar kemampanan kerana dana yang ada memberi kesan kepada aktiviti dan laporan yang dihasilkan.

Kami menjangka markah akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang apabila dana matang dan terdapat kesedaran tentang peri penting menyelaraskan dengan amalan terbaik mengenai tadbir urus, kemampanan dan daya tahan,” katanya.


Kad skor diterbitkan setiap tahun oleh Global SWF sebagai rujukan pasaran untuk usaha GSR yang dijalankan oleh pelabur milik pemerintah.

Ia meninjau 100 dana kekayaan pemerintah teratas dunia dan 100 dana pencen awam. Skor yang diperoleh adalah berdasarkan 10 elemen tadbir urus, 10 elemen kemampanan dan lima petunjuk berkaitan daya tahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >