Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Sep 06, 2023 | 05:18 PM



Pengamat kewangan Malaysia melihat kenaikan terbaru mata wang ringgit sebagai satu kejadian sementara, bukannya permulaan pemulihan berterusan dalam mata wang berkenaan.

Ringgit menjadi hanya satu daripada dua mata wang Asia yang meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat pada suku ini (suku ketiga) selepas mencapai tahap paling rendah pada separuh pertama 2023.

Namun, jangkaan bagi kenaikan ringgit kekal rendah ekoran kebimbangan mengenai pertumbuhan di China – rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia – dan jurang kadar faedah yang luas dengan Amerika Syarikat.

Berbanding mata wang Malaysia, dolar Singapura pula meningkat 4.9 peratus kepada RM3.45 pada separuh pertama 2023.

Ringgit pulih sedikit pada suku ini dan didagangkan pada RM3.44 kepada satu dolar Singapura pada Isnin.

Ringgit kekal terdedah kepada faktor seperti ketegangan politik yang berlarutan, pembetulan mendadak dalam harga minyak sekiranya berlaku kemelesetan global, dan kelemahan pemulihan China, menurut ketua ekonomi dan strategi di Mizuho Bank di Singapura, Encik Vishnu Varathan.

Pada Rabu, mata wang ringgit menyusut nilai kepada RM4.6715 berbanding dolar Amerika berbanding RM4.6615 pada Selasa.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata hasil Perbendaharaan Amerika yang lebih tinggi turut menjejas permintaan terhadap mata wang negara yang pesat membangun.

“Kemungkinan penangguhan kenaikan kadar tidak harus diketepikan berdasarkan trajektori inflasi. Justeru, ini akan lebih menyokong dolar Amerika kerana Lembaga Simpanan Federal kemungkinan mengekalkan kecenderungannya terhadap kadar faedah (tinggi).

“Dengan itu, gandingan dolar Amerika/ringgit diunjur kekal dalam julat kecil 4.65 hingga 4.66,” katanya.

Mata wang ringgit menambah nilai berbanding Euro kepada RM5.0074 pada Rabu daripada RM5.0088 pada Selasa.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada RM3.1611 daripada RM3.1670, tetapi susut berbanding paun Britain kepada RM5.8660 daripada RM5.8534.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit diniagakan lebih rendah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >