Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nilai saham Tesla susut AS$130b sedang permintaan kereta elektrik turun

Nov 01, 2023 | 02:27 PM



Saham Tesla merosot hampir satu perlima daripada nilai sebelum ini dalam masa kurang dua minggu di tengah-tengah keprihatinan meningkat bahawa permintaan bagi kereta elektrik (EV) mula lemah.

Penjualan saham syarikat EV itu bermula Oktober apabila syarikat gergasi itu mengurangkan jangkaan pertumbuhan ketika mengumumkan pendapatan suku ketiganya.

Ini disusuli dengan ulasan suram daripada beberapa pembuat kereta global dan penganalisis Wall Street. Minggu ini, pembuat bateri, Panasonic Holdings dan pembuat cip ON Semikonduktor, juga memberi amaran berkaitan industri EV.

Namun, Tesla bermatlamat menghasilkan 200,000 unit trak pikap elektriknya, Cybertruck, setiap tahun, menurut ketua pegawai eksekutif, Encik Elon Musk, pada Selasa.

Syarikat itu pada awalnya menyatakan bahawa Tesla mempunyai kapasiti untuk menghasilkan lebih 125,000 Cybertrucks setiap tahun, dengan Encik Musk menambah bahawa terdapat potensi meningkatkan penghasilan kepada 250,000 pada 2025.

Amaran tentang permintaan berkurangan bagi EV telah membebankan saham sektor automotif Amerika Syarikat, yang juga sedang bergelut dengan rundingan yang meluas dengan kesatuan pekerjanya mengenai gaji.

Namun, penurunan saham Tesla agak menyerlah: Sahamnya telah merosot melebihi 17 peratus sejak 18 Oktober, berbanding penurunan 2.8 peratus dalam Indeks S&P 500, dan penurunan 3.4 peratus pada Nasdaq 100.

Penurunan dalam harga saham pembuat EV telah menghapuskan sekitar AS$130 bilion ($177.8 bilion)  daripada permodalan pasaran syarikat itu.

“Masalah utamanya ialah satu sektor permodalan intensif yang melabur dalam strategi EV yang belum terbukti di tengah-tengah kos meningkat, harga lebih rendah, kadar faedah meningkat dan permintaan lebih perlahan di dunia,” tulis penganalisis Morgan Stanley, Encik Adam Jonas, dalam satu laporan tentang kelemahan industri lebih luas pada Selasa.

“Pelabur masa kini dikejutkan kepada idea bahawa berpuluh bilion dolar Amerika Syarikat yang dilaburkan dalam kereta elektrik mungkin merosakkan nilai dan bukan menambah nilai,” tambahnya.

Masa depan bidang automatif secara keseluruhan kian suram apabila kadar faedah tinggi menyebabkan kos untuk memiliki sebuah kereta meningkat.

Apabila ditambah dengan inflasi meningkat, keupayaan pelanggan untuk mampu membelanjakan pembelian besar semakin merosot. EV, yang masih dianggap teknologi baru dengan ekosistem mengecaj yang kurang dibangunkan, mula terjejas.

Sebagai pembuat EV sepenuhnya dengan penilaian yang menarik perhatian, pertaruhannya tinggi bagi Tesla.

Walaupun sebahagian harga sahamnya yang tinggi mencerminkan potensinya untuk membangunkan kereta pandu sendiri, sebahagian besarnya bergantung kepada keupayaan syarikat itu untuk mengekalkan kedudukan dominan dalam industri EV dan margin keuntungannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >