Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

NTUC gesa pekerja berumur diberi peluang latihan sama untuk pertingkat prospek kerja

Sep 27, 2023 | 12:36 PM



Majikan harus memberi pekerja berumur peluang latihan yang sama dengan rakan kerja mereka yang lebih muda.

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Heng Chee How, menyatakan demikian pada Selasa ketika mengunjungi kemudahan pengeluaran Polar Puffs & Cakes di Woodlands.

Satu tinjauan baru-baru ini oleh NTUC menunjukkan penurunan dalam kadar penyertaan latihan apabila seseorang meningkat usia. Ia meninjau 1,000 responden berusia 20 tahun ke atas antara Disember 2022 dan Januari 2023. 

Ia mendapati bahawa 58 peratus daripada mereka yang berusia 55 tahun ke atas menyertai latihan pada tahun lalu.

Peratusan itu lebih rendah daripada 71 peratus bagi pekerja antara 25 dan 44 tahun; dan 66 peratus pekerja antara 45 dan 54 tahun.

Encik Heng berkata kekurangan latihan akan menyebabkan kemahiran pekerjaan yang tidak sepadan yang akan membuat usaha untuk meningkatkan umur persaraan dan pekerjaan semula menjadi sia-sia; dan mengakibatkan pekerja berumur tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi tempoh persaraan mereka.

Kekurangan pekerjaan terlatih juga tidak memenuhi kepentingan perniagaan syarikat dan ini akan menjejas daya saingan mereka, katanya lagi.

Mengenai kadar latihan yang lebih rendah di kalangan pekerja senior, Encik Heng berkata bahawa pekerja berumur berasa “majikan mungkin mempunyai prasangka dan andaian tertentu” tentang kekurangan keupayaan mereka untuk mempelajari kemahiran baru atau kekurangan kesediaan mereka untuk belajar lalu “beroperasi berdasarkan andaian tersebut”.

Bagi menangani perkara ini, NTUC menggesa syarikat supaya menubuhkan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) untuk meninjau program latihan bagi para pekerja mereka, termasuk pekerja lebih tua.

“Intipati CTC adalah untuk mempunyai pekerja atau wakil kesatuan pekerja bekerjasama dengan syarikat untuk menentukan keperluan latihan pada masa hadapan dan kemudian, bekerjasama untuk menjadualkan para pekerja mengikuti latihan,” kata Encik Heng.

Di syarikat Polar Puffs & Cakes, sekitar 10 peratus daripada kakitangannya yang terdiri daripada 380 pekerja berusia lebih 63 tahun. Syarikat itu membuat keputusan untuk tidak mempunyai usia persaraan yang bermakna peratusan pekerja berumur meningkat setiap tahun.

Ketua eksekutif Polar Puffs & Cakes, Encik Francis Looi, berkata syarikat itu mengamalkan dasar latihan neutral umur untuk semua pekerjanya.

“Jika mereka tidak mempunyai kemahiran, kami akan melatih mereka,” katanya, menambah bahawa “ia melatih mereka tugas jawatan mereka, bukan kerana mereka muda atau tua.”

Seorang pekerja Polar, Encik Albert Aw, 57 tahun, telah mendapat manfaat daripada program latihan dan kemajuan kerjaya syarikat itu. Beliau telah bekerja di Polar selama 34 tahun.

Bermula sebagai pelatih, Encik Aw menghadiri kursus membuat kuih, antara lain, sepanjang bekerja di situ termasuk di luar skop pekerjaannya untuk mempertingkat diri. Kini, Encik Aw melatih pekerja baru dan berharap dapat menyalurkan pengetahuannya kepada pekerja lebih muda.

Semua pekerja Polar perlu menghadiri sekurang-kurangnya tiga sesi latihan setiap tahun.

Para pekerja lama dengan syarikat itu boleh memohon program latihan lain yang membolehkan mereka mengambil kursus untuk mempelajari kemahiran baru di luar skop pekerjaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >